| SAINS TAHUN 6 | KEBAIKAN DAN KEBURUKAN MIKROORGANISMA #mikroorganisma #sainstahun6 #sains
- Akhyar Arzmi
- 00:11:54
Link Soalan Uji minda : https://forms.gle/2XAqrcfVUwaPt1rFA
SAINS TAHUN 6 KEBAIKAN DAN KEBURUKAN MIKROORGANISMA
Mikro bermaksud sangat halus dan tidak
dapat dilihat dengan mata kasar, manakala
organisma pula bermaksud hidupan.
Mikroorganisma ialah hidupan seni yang
tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Fungi yang boleh dilihat dengan
mata kasar ialah kulat. Yis,
mukor dan Penicillium hanya
boleh dilihat menggunakan
kanta pembesar dan mikroskop.
Protozoa hidup di habitat
yang berair seperti
kolam, tasik dan sungai
Alga ialah hidupan seni yang mempunyai
sifat tumbuhan. Alga membuat makanannya
sendiri melalui proses fotosintesis.
Bakteria wujud dalam pelbagai
bentuk, saiz dan warna. Bakteria
boleh terdapat dalam pelbagai
persekitaran.
Virus lebih
halus daripada
mikroorganisma
yang lain. Virus
hanya dapat
dilihat di bawah
mikroskop elektron.
HIV dan virus
influenza ialah
contoh virus.
Kebanyakan
mikroorganisma
tidak dapat dilihat
oleh mata kasar.
Mikroskop ialah alat
yang digunakan
untuk memerhatikan
mikroorganisma
dengan jelas.
Mikroorganisma seperti fungi,
protozoa, alga dan bakteria
memberikan faedah kepada
hidupan lain.
Penghasilan antibiotik dan vaksin dapat menguatkan sistem imunisasi
badan. Antibiotik dan vaksin digunakan untuk menghalang pertumbuhan
mikroorganisma yang menyebabkan penyakit.
Badan manusia mempunyai sistem pertahanan badan
semula jadi atau sistem imunisasi. Sistem ini membolehkan badan
manusia melawan mikroorganisma yang masuk ke dalam badan
dan mengelakkan badan daripada mudah dijangkiti penyakit.
Selain kesan buruk, ada
mikroorganisma yang boleh
memberikan faedah kepada hidupan
lain. Antaranya ialah mikroorganisma
yang digunakan dalam pembuatan
makanan, penghasilan antibiotik dan
vaksin, penguraian dan pereputan
bahan organik, pembuatan baja
dan rawatan sisa kumbahan untuk
kesejahteraan manusia.
Laktobasilus ialah bakteria baik yang digunakan untuk
menghasilkan yogurt. Laktobasilus juga hidup di dalam
usus manusia untuk memecahkan karbohidrat agar
makanan mudah dicernakan dan mengelakkan cirit-birit.
#sains #sainstahun6 #upsr #mikroorganisma #akhyararzmi #akademiyoutuber #cikgootube #bakteria #virus #bukutekssainstahun6
Thumbnail: | SAINS TAHUN 6 | KEBAIKAN DAN KEBURUKAN MIKROORGANISMA #mikroorganisma #sainstahun6 #sains