Jom belajar melukis TEKNIK POINTILLISM | Seni Visual
- Cg Syukri Hassan
- 00:05:37
#cikguarsenal #cikgootube #senivisual
Teknik titik-titik atau pointillisme merupakan 1 teknik melukis yg halus & memerlukan kesabaran dalam penghasilan karya seni.
Teknik titik atau lebih dikenali sebagai 'pointillism'. Bagi menghasilkan lukisan teknik titik ini, alat yang diperlukan adalah sejenis pen yang dipanggil pen teknikal atau pen yang menggunakan dakwat basah. Penggunaan pen mata bola akan memberi hasil yang tidak memuaskan.
Kesabaran diperlukan dalam menghasilkan lukisan jenis ini kerana jika tidak sabar titik yang terhasil agak kurang baik dan terbentuk seperti garisan yang berekor. Bagi menghasilan lukisan jenis ini, anda perlu menghasilkan struktur rangka objek terlebih dahulu dan mengenalpasti garisan-garisan pemisah antara ton cerah, sederhana dan gelap.
Mulakan dengan ton yang cerah dan tambahkan titik-titik sedikit demi sedikit bagi mendapatkan ton yang gelap.
Thumbnail: Jom belajar melukis TEKNIK POINTILLISM | Seni Visual