Resepi Pulut Kuning | Try Masak | iCookAsia
- iCookAsia
- 00:02:24
Dapatkan resipi penuh Pulut Kuning di: http://www.icookasia.com/pulut-kuning-2/
Bahan-bahan
600 gram beras pulut,
1 sudu serbuk kunyit,
air perahan sebiji limau nipis,
2 cawan santan,
dan sedikit garam.
Cara membuat
1. Pertama sekali, rendam beras pulut yang sudah dibersihkan dengan air, serbuk kunyit yang dibancuh dengan sedikit air serta air perahan limau nipis.
2. Gaul sebati dan rendam selama 4 hingga 6 jam. Serbuk kunyit juga boleh digantikan dengan air rebusan kunyit hidup.
3. Setelah itu, masukkan beras pulut tadi ke dalam periuk kukus dan toskan airnya sebentar.
4. Kemudian, kukus sehingga beras pulut masak.
5. Apabila pulut masak, masukkan ke dalam periuk berlainan dan gaulkan garam dengan santan.
6. Selepas itu, masukkan santan sedikit demi sedikit ke dalam pulut tadi dan gaul hingga sebati. Lakukan langkah yang sama hingga semua santan habis.
7. Masukkan semula ke dalam periuk kukus dan kukus sebentar hingga pulut benar-benar masak.
8. Pulut kuning sedia untuk dihidang. Ia enak dimakan
bersama rendang atau sambal.
Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.
Follow kami di:
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
Thumbnail: Resepi Pulut Kuning | Try Masak | iCookAsia