SEJARAH TINGKATAN 4 KSSM : BAB 6 ANCAMAN KOMUNIS DAN PERISYTIHARAN DARURAT #FORM4KSSM
- CHEQGHU CHANNEL
- 00:18:38
Jangan lupa like facebook CHEQGHU CHANNEL : https://www.facebook.com/Cheqghu-Channel-100854678324095/
Dalam video ini, anda akan mempelajari tempoh masa kewujudan komunis di negara, perisytiharan darurat hinggalah penamatan darurat.
Komunis yang diasaskan oleh Karl Marx dan Friedrich Engels telah sampai ke Tanah Melayu dari dua buah negara yang terdekat iaitu Indonesia dan China. Parti Komunis Malaya atau PKM kemudiannya ditubuhkan untuk mengukuhkan pengaruh komunis. Dalam masa yang sama PKM telah membantu pihak British untuk memerangi tentera Jepun dengan adanya Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA). Jepun yang telah menyerah kalah dan pihak British yang lewat datang ke Tanah Melayu menyebabkan berlakunya "kekosongan politik" di negara kita. Akhirnya, komunis mengambil peluang tersebut membuat huru-hara dan meninggalkan titik hitam dalam sejarah kita.
Pembunuhan pengurus ladang Eropah di Sungai Siput, Perak memberi alamat kepada British bahawa situasi semasa dalam bahaya dan Sir Edward Gent mengisytiharkan darurat. Ketika keadaan tersebut berlaku, British mengambil pelbagai langkah untuk menghapuskan komunis.
Darurat secara tidak langsung meberikan impak yang sangat besar dalam politik dan sosioekonomi negara.
Menilai keadaan yang semakin baik, darurat akhirnya ditamatkan secara rasminya pada 31 Julai 1960 selepas 12 tahun negara terseksa.
Jangan lupa like facebook CHEQGHU CHANNEL : https://www.facebook.com/Cheqghu-Channel-100854678324095/
#sejarahtingkatan4kssm #cheqghuchannel #form4
Thumbnail: SEJARAH TINGKATAN 4 KSSM : BAB 6 ANCAMAN KOMUNIS DAN PERISYTIHARAN DARURAT #FORM4KSSM