Resepi Popia Nestum | Try Masak | iCookAsia | Biskut Raya
- iCookAsia
- 00:02:21
Dapatkan resepi penuh Popia Nestum di: http://www.icookasia.com/popia-nestum/
Bahan-bahan
50 keping kulit popia
3 sudu kecil tepung gandum
2 ½ cawan nestum
3 sudu kecil horlick
2.5 sudu kecil gula kastor
sedikit air
minyak untuk menggoreng secukupnya
Cara membuat
1. Mula-mula masukkan tepung gandum bersama sedikit air. Kacau rata untuk dijadikan pelekat.
2. Kemudian gulung kulit popia menggunakan straw. Jangan gulung terlalu padat kerana apabila digoreng akan menjadi keras. Lekatkan hujungnya dengan tepung & potong menyerong.
3. Selepas itu, goreng dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan toskan minyaknya
4. Sementara itu, masukkan nestum, horliks dan gula kastor ke dalam mesin pengisar kering. Kisar sehingga menjadi halus.
5. Masukkan popiah ke dalamnya dan kacau rata. Popiah nestum sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!
Tips: elakkan kulit popia dari terdedah kerana kulit popia cepat mengering. Kulit popia boleh ditutup dengan kain lembab untuk mengelak dari kering.
Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.
Follow kami di:
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
Thumbnail: Resepi Popia Nestum | Try Masak | iCookAsia | Biskut Raya