Mee Kari | Try Masak | iCookAsia

Dapatkan resipi penuh Mee Kari di: http://www.icookasia.com/mee-kari/

Bahan-bahan

300 gram mee,
100 gram isi ayam,
sedikit udang,
2 sudu udang kering,
1 ulas bawang putih,
1 labu bawang besar dipotong bulat,
2 ulas bawang merah,
2 batang serai
3 sudu rempah kari,
2 sudu besar pes cili,
3 cawan santan,
1 ikat sawi,
1 keping tauhu goreng dipotong dadu,
sedikit daun bawang,
sedikit daun sup,
2 biji limau kasturi dibelah 2,
1 biji cili merah dihiris nipis,
sedikit gula,
sedikit garam,
dan minyak untuk menumis.

Cara membuat

1. Pertama sekali, tumbuk udang kering bersama bawang merah dan bawang putih sehingga lumat.

2. Kemudian, panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi hingga sedikit garing dan masukkan rempah kari yang dicairkan dengan sedikit air, diikuti dengan pes cili. Kacau sehingga pecah minyak.

3. Setelah itu, masukkan gula, kacau sebentar dan masukkan ayam.

4. Selepas itu, masukkan garam. Jika terlalu kering, masukkan sedikit air dan kacau sektika hingga pecah minyak.

5. Kemudian, masukkan bawang besar. Kacau lagi hingga bawang besar layu dan masukkan santan.

6. Kacau sekali-sekala supaya santan tidak berketul dan biarkan hingga mendidih.

7. Sementara menunggu kuah mendidih, panaskan air dan celur sawi hingga layu. Kemudian angkat dan toskan. Lakukan perkara yang sama juga untuk mee.

8. Apabila kuah sudah mendidih, masukkan serai, diikuti dengan udang.

9. Apabila udang masak, masukkan tauhu goreng, dan akhir sekali sawi yang dicelur tadi.

10. Biarkan mendidih seketika dan sedia untuk dihidang.

11. Mee kari enak dimakan bersama daun bawang, daun sup, cili merah, dan perahan limau kasturi sebagai penambah rasa.

Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.

Follow kami di:

Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia

Video thumbnail

Thumbnail: Mee Kari | Try Masak | iCookAsia

iCookAsia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: