TAJWID TAHUN 6 | IQLAB | PELAJARAN 3 UNIT 2 | #gurupendislamsk

DEFINISI
Iqlab dari segi bahasa bererti tukar.
Dari segi istilah pula Iqlab bererti menukarkan sebutan nun sakinah atau tanwin kepada mim dengan menjaga Ikhfa’ dan dengung.

HURUF-HURUF
Huruf Iqlab hanya satu sahaja iaitu; ب

CARA BACAAN
Apabila nun sakinah atau tanwin bertemu dengan huruf ب , maka hendaklah ditukarkan sebutan nun kepada suara mim secara Ikhfa’ berserta dengung. Maksud Ikhfa’ (bererti sembunyi) di sini ialah melafazkan sebahagian huruf sahaja dan menyembunyikan sebutan sebenarnya. Sebutan Ikhfa’ di sini dapat dipastikan dengan meringankan sebutan mim dengan tidak merapatkan bibir sepenuhnya.
Dibaca Iqlab pada nun sakinah bertemu dengan ب , kerana sukar untuk membacanya secara Izhar atau secara Idgham, walaupun nun dan ba’ itu berlainan makhrajnya dan bersamaan pada kebanyakan sifatnya.

Maka cara yang paling hampir ialah dengan melafazkannya dengan cara pertengahan antara izhar dan idgham iaitu ikhfa’. Tetapi ikhfa’ yang berlaku pada sebutan Iqlab ini adalah Ikhfa’ Majazi (samar-samar) bukan Haqiqi (benar-benar), kerana yang diikhfa’kan di sini adalah sebutan mim yang bertukar itu, bukan sebutan nun sakinah itu sendiri.

Huruf pula ditukar kepada mim kerana mim mempunyai persamaan dengan ba’ dari segi makhraj dan kebanyakan sifat-sifatnya. Tetapi mim itu dilafazkan sebahagiannya sahaja tanpa merapatkan kedua-dua bibir kerana jika dirapatkan kedua-dua bibir, mim akan dilafazkan dengan sempurna seperti sebutan Idgham Bi La Ghunnah sedangkan Iqlab mestilah ada unsur ikhfa’ (penyembunyian) pada sebutannya.

TANDA-TANDA
Nun sakinah dan tanwin pada Iqlab mempunyai huruf mim kecil bersama-samanya.

Video thumbnail

Thumbnail: TAJWID TAHUN 6 | IQLAB | PELAJARAN 3 UNIT 2 | #gurupendislamsk

rohaizah mohamed sohor

Senarai Video

Kongsi video ini ke: