Resepi Telur Masam Manis | Try Masak | iCookAsia

Dapatkan resipi penuh Telur Masam Manis di: http://www.icookasia.com/telur-masam-manis/

Bahan-bahan

2 biji telur
2 ulas bawang putih
setengah labu bawang besar dipotong
1 biji cili merah dan cili hijau dihiris nipis
setengah biji tomato dihiris nipis
4 sudu sos cili
sedikit kicap
dan minyak untuk menggoreng.

Cara membuat

1. Panaskan minyak dan goreng 2 biji telur mata kerbau sehingga sedikit kekuningan dan asingkan.

2. Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang putih yang diketuk hingga wangi diikuti dengan bawang besar. Kacau hingga bawang layu. Kemudian masukkan sos cili diikuti dengan kicap.

3. Selepas itu, masukkan cili dan tomato jika suka

4. Akhir sekali masukkan telur yang telah digoreng tadi, balik-balikkan sehingga sebati dan sedia untuk dihidang.

Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.

Follow kami di:

Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia

Video thumbnail

Thumbnail: Resepi Telur Masam Manis | Try Masak | iCookAsia

iCookAsia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: