Multimedia dalam sastera|Kelebihan Multimedia Dalam Penyebaran Karya Sastera|KMK STPM semester 3
- cikgu Aini
- 00:03:48
Multimedia dalam sastera merupakan satu bahagian dalam sukatan pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif STPM semester 3. Dalam bahagian ini akan menyentuh tentang fungsi dan kelebihan multimedia dalam menyebarkan karya sastera. Video ini memaparkan tentang kelebihan-kelebihan multimedia sebagai medium menyebarkan karya sastera. Kewujudan teknologi maklumat telah memberi dimensi baharu dalam penyebaran dan penghayatan karya sastera. Penggunaan multimedia dalam penyebaran karya sastera memberi impak dan meningkatkan penghayatan sastera di kalangan khalayak. Dikongsikan juga contoh-contoh soalan STPM tentang impak penggunaan multimedia dalam penyebaran karya sastera. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua khususnya pelajar dan guru KMK STPM.
Thumbnail: Multimedia dalam sastera|Kelebihan Multimedia Dalam Penyebaran Karya Sastera|KMK STPM semester 3