KISAH SEDEKAH ABU TALHAH RA - Ustaz Mat Esa Deraman | Inspirasi 2

Para sahabat Rasulullah sangat bersungguh-sungguh dalam melaksanakan setiap perintah Allah SWT di dalam Al-Quran. Apabila diturunkan sahaja ayat Al-Quran kepada mereka, iman dalam hati mereka bertambah, mereka faham dan mereka terus buktikan dengan amalan mereka.

Kisah SEDEKAH ABU TALHAH AL-ANSARI ini, menunjukkan antara respon yang begitu cepat para sahabat untuk beramal dengan ayat Al-Quran. Kata Anas bin Malik, Abu Talhah RA merupakan antara golongan Ansar yang paling kaya di Madinah. Dia mempunyai dua buah kebun. Salah satu kebun terbaik dan paling subur yang dia miliki ialah Bairuha’.

Begitu juga, sedekah yang paling baik ialah sedekah harta yang kita paling sayang. Orang yang lebih utama untuk menerima sedekah kita pula ialah ahli keluarga sendiri dulu.

-

Inspirasi:
Ustaz Mat Esa Deraman, Tokku Pasir Gudang
Kuliah Kitab La Tahzan, Dr. ‘Aidh bin Abdullah Al-Qarni
Pertubuhan Pengajian Ilmu Islam dan Kebajikan Pasir Gudang

Video thumbnail

Thumbnail: KISAH SEDEKAH ABU TALHAH RA - Ustaz Mat Esa Deraman | Inspirasi 2

Muhammad Azlin Anuar

Senarai Video

Kongsi video ini ke: