Resepi Kuih Ketayap | Seismik Makan
- Seismik Makan
- 00:01:31
Bulan puasa dah dekat, bolehlah cuba resipi Kuih Ketayap simple ni untuk berbuka nanti!
RESIPI PENUH: http://bit.ly/resipikuihketayap
Jangan lupa subscribe untuk lebih banyak video menarik seperti ini!
--
Bahan-bahan (inti):
- 3 sudu besar air
- 200g gula melaka
- 2 sudu besar gula
- 1 helai daun pandan
- 1 cawan kelapa parut
Bahan-bahan (ekstrak pandan):
- 1/2 cawan air
- 3 helai daun pandan
Bahan-bahan (kisar):
- Ekstrak daun pandan
- 1 1/2 cawan santan
- 2 biji telur
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu besar minyak
Cara-cara:
1. Untuk inti, masukkan air ke dalam kuali bersama gula melaka, gula, kelapa parut dan daun pandan. Gaul.
2. Untuk dapatkan ekstrak pandan, kisar air dan daun pandan. Kemudian tapis.
3. Untuk adunan tepung pula, kisar ekstrak daun pandan, santan, telur, tepung gandum dan minyak. Kemudian tapis.
4. Cedokkan adunan ke atas kuali. Apabila sudah masak, angkat.
5. Masukkan inti dan gulung.
6. Siap untuk dihidang!
--
Muzik: Scott Joplin - The Entertainer
Kru: Sarah Mokhtar, ShinLing Eyu
Thumbnail: Resepi Kuih Ketayap | Seismik Makan