Kuih Bom | Try Masak | iCookAsia

Dapatkan resepi penuh Kuih Bom di: http://www.icookasia.com/kuih-bom/

Bahan-bahan

750gm Tepung Pulut
250gm Tepung Gandum
2 sudu kecil Gula Halus
1 sudu kecil Garam
1 biji Telur
Air secukupnya
Bijan secukupnya
Minyak untuk menggoreng secukupnya

Bahan untuk inti:
1 biji Kelapa Parut
250gm Gula Merah
125gm Gula Pasir
2 sudu besar Tepung Gandum
2 helai Daun Pandan
1 sudu kecil Garam

Cara membuat

1. Mula-mula sediakan intinya, masukkan kelapa, gula merah, gula pasir, tepung gandum, garam dan daun pandan ke dalam kuali. Kacau rata sehingga gula cair dan kelapa masak rata. Ketepikan dahulu.

2. Untuk menyediakan dohnya, mula-mula campurkan tepung pulut bersama tepung gandum, gula dan garam. Kacau rata

3. Selepas itu, masukkan telur bersama air. Gaul menggunakan tangan sehingga ia membentuk doh yang lembut.

4. Ambil sedikit doh, leperkan dan letakkan 1 sudu inti kelapa ke dalamnya. Kepal dan bulatkan doh itu seperti bola.

5. Setelah itu, celup kuih ke dalam sedikit air dan golekkan di atas bijan.

6. Goreng kuih bom di dalam minyak panas sehingga kuning kekuningan dengan menggunakan api yang sederhana.

7. Setelah masak angkat dan kuih bom sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.

Follow kami di:

Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia

Video thumbnail

Thumbnail: Kuih Bom | Try Masak | iCookAsia

iCookAsia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: