Apam Polkadot | Try Masak | iCookAsia

Apam polkadot yang comel ini sangat seronok dibuat bersama keluarga! Pastinya menarik untuk aktiviti di rumah bersama anak-anak. Rasanya jugak sangat enak! Cuba dulu ^_^

Dapatkan resipi penuh Apam Polkadot di: http://www.icookasia.com/apam-polkadot/

Bahan-bahan:

3biji telur (dari peti sejuk)
275gm tepung gandum
220gm gula halus
150gm susu segar
3sudu kecil baking powder
1sudu kecil ovallete
Jem Blueberry, Strawberry @ apa-apa jenis filling (ikut kegemaran)
Sedikit Pewarna merah dan ungu

Cara membuat

1. Mula-mula masukkan susu, telur, ovallete, tepung, gula halus, baking powder dan pukul dengan kelajuan tinggi selama 6-8minit.

2. Selepas itu, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna mengikut citarasa.

3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag, begitu juga dengan jem

4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun di dalam acuan lompang. Picitkan filling secukupnya.

5. Kemudian picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh. Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.

6. Akhir sekali kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15minit. Jangan buka api besar semasa mengukus. Gunakan api sederhana supaya apam tidak pecah.
Penutup kukusan pula perlu ditutup dengan kain supaya air wap tidak terkena apam yang akan menyebabkan apam merekah. Selamat mencuba!

Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.
Follow kami di:

Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia

Video thumbnail

Thumbnail: Apam Polkadot | Try Masak | iCookAsia

iCookAsia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: