Kompilasi Video Sejarah | Identiti Negara : Jalur Gemilang
- Muallimah Ezar
- 00:04:07
Video ini sesuai digunakan untuk kuiz kemerdekaan. Video ini memperkenalkan tentang sejarah Bendera Malaysia yang mana dikenali sebagai Jalur Gemilang. Megah kibar Jalur Gemilang tanda kita anak merdeka.
Terdapat 14 jalur merah dan putih melintang yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah. Jalur-jalur ini menandakan keanggotaan 13 buah negeri dan sebuah kerajaan Persekutuan iaitu Kedah, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Perlis, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Sarawak, Pulau Pinang, Sabah, Melaka dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya).
Warna merah pada jalur membawa makna gagah berani dan warna putih pula membawa makna suci murni. Warna kuning yang digunakan pada bulan dan bintang adalah warna Diraja yang melambangkan Raja-Raja Melayu. Gabungan tiga warna utama iaitu merah, putih dan biru melambangkan setia kawan Persekutuan Tanah Melayu dan United Kingdom dan penyatuan Tanah Melayu dengan Negara-negara Komanwel.
Thumbnail: Kompilasi Video Sejarah | Identiti Negara : Jalur Gemilang