Resepi Kuih Lompang | Try Masak | iCookAsia
- iCookAsia
- 00:02:06
Dapatkan resipi penuh Kuih Lompang di: http://www.icookasia.com/kuih-lompang/
Mencari kuali dan peralatan memasak? Dapatkannya disini: http://ho.lazada.com.my/SHcKCm
Bahan-bahan
Tepung Beras (2 ½ cawan)
Tepung ubi (½ cawan)
Gula merah (1 cawan)
Gula pasir (½ cawan)
Air kapur (1 sudu kecil)
Air (4 cawan)
Daun pandan (1 helai)
Pewarna coklat (1 sudu kecil)
Kelapa parut dicampur secubit garam
Cara membuat
1) Mula-mula masukkan gula merah, gula pasir, daun pandan dan 2 cawan air ke dalam periuk. Didihkan sehingga gula larut dan tapiskan untuk mengelak ketulan.
2) Tambahkan 2 cawan air dan sejukkan bancuhan sebentar.
3) Kemudian campurkan tepung beras, tepung ubi dan air gula merah. Kacau rata.
4.) Selepas itu, masukkan pula air kapur dan pewarna coklat. Tapiskan sekali lagi untuk mengelak ketulan.
5) Masukkan adunan ke dalam acuan kuih lompang yang telah disapu dengan sedikit minyak. Kukus selama 15 minit dan kuih lompang sedia dihidang bersama kelapa parut putih. Selamat mencuba!
Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.
Follow kami di:
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
Thumbnail: Resepi Kuih Lompang | Try Masak | iCookAsia