PANDUAN MEMULAKAN QUIZIZZ (Khas Untuk Guru Menggunakan Akaun Moe)

Quizizz adalah salah satu aplikasi web 2.0 yang menarik untuk digunapakai dalam pendidikan. Ia dianggap mampu menggantikan cara lama kuiz yang hanya melibatkan kertas dan pen, yang dilihat sebagai membosankan. Quizizz adalah percuma dan tidak memerlukan apa-apa bayaran. Melalui quizizz seseorang dapat mencipta kuiz baharu atau mencuba kuiz yang telah tersedia yang dicipta oleh pengguna Quizizz. Juga, guru terutamanya boleh memilih sama ada kuiz yang akan dilaksanakan, dibuat secara langsung (live) ataupun sebagai kerja rumah.

Selain menggunakan Google Form untuk menghasilkan kuiz, kita juga boleh menggunakan aplikasi kuiz yang lain seperti Quizizz yang mempunyai elemen gamifikasi (gamification). Pendekatan gamifikasi adalah menggunakan kaedah permainan untuk menjadikan pengajaran lebih menarik dan interaktif. Walaupun Quizziz bukanlah sebuah aplikasi produk Google, tapi kedua-dua aplikasi ini boleh diintegrasikan ke dalam Google Classroom atau produk Google yang lain. Jom kita lihat caranya!

Terdapat 2 cara untuk menghasilkan quiz dalam Quizizz iaitu mencipta kuiz sendiri atau menggunakan kuiz sedia ada dalam aplikasi Quizizz. Setiap kuiz yang dihasilkan di Quizizz boleh dikongsikan oleh guru dari seluruh dunia. Oleh itu, mungkin terdapat kuiz yang sedia guna yang kita boleh pakai guna.
Cara A: Kuiz diberikan kepada semua murid dalam kelas (melalui kelas dalam Google Classroom).
Cara B: Kuiz diberikan kepada murid sebagai latihan.
Cara C: Kuiz dilancarkan secara langsung dalam kelas.

Quizziz membenarkan guru untuk melihat perkembangan murid daripada jawapan-jawapan yang dihantar. Berikut adalah video yang menunjukkan cara-cara berbeza guru boleh menjejak perkembangan murid. Apabila guru meyertai Quizizz (tanpa mengambil masa yang lama), guru boleh sama ada membuat kuiz sendiri atau memilih kuiz sedia ada yang dirasakan sesuai untuk pelajarnya, kemudian akan diberikan kod akses untuk kelas maya kuiz tersebut. Melalui leaderboard, guru boleh mengawal kuiz seperti tetapan masa dan sebagainya. Kod akses perlu guru berikan kepada pelajar agar mereka dapat log masuk disamping perlu menulis nickname masing-masing (tanpa perlu mendaftar dengan Quizizz). Apabila semua pelajar sudah menyempurnakan semua yang disebutkan tadi maka guru boleh klik butang “start game“.
Pelajar dapat menjawab kuiz secara sendiri tetapi seolah-olah bermain bersama-sama kerana di dalam Quizizz terdapat elemen-elemen yang menarik seperti penggunaan avatar, leaderboard dan meme yang bersifat lucu. Guru dapat menganalisis laporan kemajuan pelajarnya melalui data yang diperoleh dan melaluinya guru dapat membantu pelajarnya dibahagian yang dirasakan lemah.
Kelebihan Quizizz adalah :
-pembelajaran bersifat interaktif dan menarik dengan adanya avatar, leaderboard, tema, muzik dan sebagainya
-kuiz dapat dibuat dengan pantas dan mudah tanpa ambil masa yang lama
membolehkan guru menyediakan data dan laporan tahap penguasaan pelajar dengan terperinci
-boleh dimainkan menggunakan komputer, tablet ataupun telefon pintar
pelajar tidak perlu mendaftar akaun untuk menjawab kuiz
-kuiz boleh disediakan sendiri dan berkongsi dengan sesiapa sahaja

Terima kasih buat semua subscriber yang sudi subscribe channel Cikdu Dess dan semua yang menyokong dari awal hingga kini. Jom subscribe dan saksikan video-video di channel Cikgu Dess. Anda boleh like,share, komen dan subscribe video Animasi Cikgu Dess sebagai tanda sokongan anda 💞

#kitabantukita
#zepetofan
#Quizziz
#BintangDanGalaksiDalamAlamSemesta
#guruICT
#DigitalLearning
#GuruLiterasiDigital
#GoogleClassroom
#VideoTrailer
#kitajagakita
#AkademiYoutuber
#AkademiYoutuberMalaysia
#cikgootube

Video thumbnail

Thumbnail: PANDUAN MEMULAKAN QUIZIZZ (Khas Untuk Guru Menggunakan Akaun Moe)

Cikgu Dess2020

Senarai Video

Kongsi video ini ke: