Ayam Pong Teh Peranakan | Try Masak | iCookAsia
- iCookAsia
- 00:02:04
Dapatkan resepi penuh Ayam Pong Teh Peranakan di: http://www.icookasia.com/ayam-pong-teh-peranakan/
Bahan-bahan
2 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1/4 cawan minyak
1/4 cawan teochew
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap cair
2 sudu besar gula melaka
½ ekor ayam dipotong 8
4 biji kentang direbus dan dipotong
3 cawan air
garam secukup rasa
Cara-cara
1. Mula-mula, tumbuk kasar bawang merah dan bawang putih di dalam lesung batu.
2. Kemudian panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih tadi sehingga naik bau.
3. Selepas itu, masukkan teochew, gula melaka, ayam, kicap pekat, kicap cair, garam dan air. Tutup dan renehkan sebentar sehingga ayam empuk. Selepas itu masukkan kentang rebus dan kacau rata.
4. Ayam pong teh peranakan sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!
Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.
Follow kami di:
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
Thumbnail: Ayam Pong Teh Peranakan | Try Masak | iCookAsia