BAB 5 TERMOKIMIA (KLINIK SAINS TINGKATAN 3)

Termokimia ialah kajian tentang perubahan haba semasa tindak balas kimia. Suatu tindak balas kimia yang berlaku mungkin membebaskan atau menyerap haba. Termokimia menumpu pada pertukaran tenaga dengan persekitarannya. Perubahan haba atau tenaga berlaku dalam kebanyakan tindak balas kimia. Apabila tindak balas kimia berlaku, tenaga haba diserap atau dibebaskan. Tenaga haba diserap untuk memutuskan ikatan dalam sebatian. Sebaliknya, haba dibebaskan apabila ikatan terbentuk. Tindak balas kimia dapat dikelaskan kepada dua jenis, iaitu tindak balas eksotermik dan tindak balas endotermik.Tindak balas kimia tersebut diaplikasikan dalam pembuatan pek panas dan pek sejuk.Tindak balas yang membebaskan tenaga haba ke persekitaran. Apabila tindak balas ini berlaku, bahan tindak balas akan kehilangan haba ke persekitaran.Oleh sebab haba dibebaskan daripada bahan tindak balas ke persekitaran, maka suhu di sekitarnya meningkat. Kandungan dalam bekas menjadi panas. Dengan itu, bekas juga terasa panas apabila disentuh atau menunjukkan suhu yang lebih tinggi apabila disukat dengan termometer. Jumlah kandungan tenaga hasil tindak balas adalah kurang daripada jumlah kandungan tenaga bahan tindak balas. Tindak balas yang menyerap haba dari persekitaran. Apabila tindak balas ini berlaku, bahan tindak balas akan menerima haba dari persekitaran.Oleh sebab haba diserap oleh bahan tindak balas dari persekitaran, maka suhu di sekitarnya menurun.Kandungan dalam bekas menjadi sejuk. Dengan itu, bekas juga terasa sejuk apabila disentuh atau menunjukkan suhu yang lebih rendah apabila disukat dengan thermometer Jumlah kandungan tenaga hasil tindak balas adalah lebih daripada jumlah kandungan tenaga bahan tindak balas.
#BAB5 #SAINSTINGKATAN3 #TERMOKIMIA #PDPR #AYU #QUIZIZZ

Video thumbnail

Thumbnail: BAB 5 TERMOKIMIA (KLINIK SAINS TINGKATAN 3)

Cikgu Dess2020

Senarai Video

Kongsi video ini ke: