Kesenian (2022) | Tarian Dabus [R]

Tajuk: Tarian Dabus [R]
Guru: Suwaibah Binti Abdullah & Mohammad Azmi Bin Razali
Episod ini adalah mengenai eksplorasi seni bagi Dabus Negeri Perak yang merupakan salah satu kesenian yang menjadi warisan kebanggaan negeri ini.. Dalam episod ini, guru akan berkongsi sejarah dan asal usul Tarian Dabus serta bagaimana tarian ini berkembang. Beberapa orang tokoh dan penggiat Dabus akan turut diperkenalkan. Identiti Tarian Dabus yang utama iaitu anak dabus yang merupakan alat yang digunakan semasa tarian dipersembahkan akan ditunjukkan dan diberi penerangan tentang bentuk, ciri dan fungsinya. Alat muzik yang digunakan terdiri daripada gendang dabus dan gong. Manakala lagu yang dinyanyikan dipetik daripada kitab berzanji yang mengiringi tarian ini turut akan dibincangkan. Penonton juga akan mendapat pendedahan tentang gerak langkah dan ragam yang terdapat dalam Tarian Dabus seperti sembah pahlawan, langkah lerek, helang sewah, ketinting dan tikam pahlawan. Akhir sekali tarian dabus yang telah divariasikan dan dikembangkan dari gerak langkah tarian dan posisi asal akan dipertontonkan. Penggunaan slaid, gambar dan video akan digunakan sebagai bahan bantu mengajar bagi menyokong penyampaian maklumat. Rujukan utama tentang Dabus diperolehi dari penggiat tarian ini iaitu Kumpulan Kesenian Tradisional Dabus Kampung Tanjung Bidara, Pulau Tiga, Kampung Gajah, Perak dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perak.

#DidikTV #Kesenian2022

Video thumbnail

Thumbnail: Kesenian (2022) | Tarian Dabus [R]

ntv7malaysia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: