Prasekolah (2022) - Klip | Matematik: Waktu dan Hari - Jom Belajar Waktu & Hari
- ntv7malaysia
- 00:01:12
Tajuk: Matematik: Waktu dan Hari - Jom Belajar Waktu & Hari
Guru: Siti Aisyah Abdullah
Episod ini memaparkan beberapa aktiviti melibatkan waktu dan hari. Pada permulaan, guru menyatakan perkaitan gimik dan tajuk pembelajaran. Pada segmen dua, guru menerangkan tentang waktu dalam kehidupan seharian. Guru membimbing host untuk melengkapkan papan garis masa (pagi, tengahari, petang dan malam) dengan gambar aktiviti-aktiviti dalam kehidupan seharian dengan betul. Pada segmen tiga, guru menerangkan tentang hari dalam seminggu. Guru membimbing host untuk menyanyikan lagu hari dalam seminggu (3 baris lirik lagu) diiringi alat perkusi loceng. Seterusnya, guru dan host bermain Roda Hari. Melalui Roda Hari, guru membimbing host untuk menyebut nama hari pada ‘semalam’, ‘esok’ dan ‘hari ini’.
#DidikTV #PraSekolah
Thumbnail: Prasekolah (2022) - Klip | Matematik: Waktu dan Hari - Jom Belajar Waktu & Hari