Resepi Cendol, Sebagai Pencuci Mulut | iCookAsia

Musim panas ini sesuai kita buat cendol sebagai pencuci mulut, terutamanya bila kita makan bersama keluarga. Jom kita cuba resipi cendol yang juga merupakan makanan warisan Malaysia.

Bahan-bahan:

1 cawan tepung beras
3 cawan air pandan
secubit garam
1 sudu kecil air kapur
sedikit pewarna hijau
1 mangkuk air pandan cair – untuk merendam cendol
1 cawan santan
4 sudu besar gula merah
Ais secukupnya

Cara membuat:

1. Mula-mula masukkan tepung beras, air pandan, pewarna hijau, garam dan air kapur ke dalam periuk. Masak sehingga kental dan berkilat. Kacau selalu supaya ia tidak hangit.

2. Selepas itu, masukkan ke dalam mangkuk dan sejukkan sebentar. Setelah sejuk, masukkan ke dalam acuan dan tekankan adunan masuk ke dalam mangkuk berisi air pandan cair. Cendol boleh tahan lama jika disimpan di dalam petisejuk bersama airnya.

3. Untuk membuat air cendol, masukkan air gula merah dan santan ke dalam cawan. Kemudian masukkan cendol berserta ais mengikut citarasa masing-masing. Air cendol sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba!

Nak beli barang dapur? Jom shopping di: https://shop.icookasia.com/

Want to be featured in our video? email us at [email protected]
----------------------------------------
Visit iCookAsia for more recipes: http://icookasia.com for more recipes.
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
--------------------
for advertising enquiries, please email to: [email protected]

#Cendol #iCookAsiaResipi #Dessert

Video thumbnail

Thumbnail: Resepi Cendol, Sebagai Pencuci Mulut | iCookAsia

iCookAsia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: