Tahap I (2022) | Sains (Tahun 2): Pewarisan [R]

Tajuk: Sains (Tahun 2): Pewarisan [R]
Guru: Suwaibah Binti Abdullah
Episod ini berkisarkan mengenai topik pewarisan di mana akan berfokuskan kepada aktiviti pembelajaran bagi mengenal pasti ciri-ciri pewarisan seperti warna kulit, warna mata dan jenis rambut yang diwarisi oleh anak daripada ibu, bapa atau keturunan. Penerangan melalui contoh-contoh yang jelas seperti gambar beberapa keluarga akan membantu murid mencapai hasil pembelajaran yang telah ditetapkan iaitu memerihalkan bahawa anak mewarisi ciri daripada ibu, bapa atau keturunan, menjelaskan melalui contoh ciri yang terdapat pada anak diwarisi daripada ibu, bapa atau keturunan dan mengitlak bahawa ciri yang diwarisi pada diri seseorang adalah daripada keturunan berdasarkan salasilah keluarga. Kaedah main peranan, penerangan, perbincangan, soal jawab dan aktiviti hands on akan dilaksanakan sepanjang proses pembelajaran ini. Di samping itu konsep didik hibur turut diterapkan iaitu melalui lakonan. Bahan bantu mengajar yang akan digunakan seperti slaid powerpoint, video, kad perkataan dan pokok keluarga dijangka akan membantu murid menguasai pengetahuan tentang topik ini. Selain itu sikap saintifik dan nilai murni akan diterapkan secara langsung atau tidak langsung.

#DidikTV #TahapI

Video thumbnail

Thumbnail: Tahap I (2022) | Sains (Tahun 2): Pewarisan [R]

ntv7malaysia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: