Resepi Kek Buah Kukus | Try Masak | iCookAsia

Dapatkan resipi penuh Kek Buah Kukus di: http://www.icookasia.com/kek-buah-kukus/

Mencari kuali dan peralatan memasak? Dapatkannya disini: http://ho.lazada.com.my/SHcKCm

Bahan-bahan:

Mentega (500 gram)
Gula castor (225 gram)
Tepung gandum (500 gram)
Mixed fruit atau buahan campuran (250 gram)
Kismis hitam (250 gram)
Ceri hijau (125 gram)
Ceri merah (125 gram)
Telur gred B (6 biji)
Soda bicarbonat (1 sudu besar)
Cream of tartar (1 sudu kecil)
Orange Emulco (1 ½ sudu besar)
Esen Vanilla (1 sudu kecil)

Untuk Caramel:

Castor sugar dimasak dgn api sederhana smpi buih-buih besar timbul di lapisan atas caramel (225 gram)

Cara membuat

1. Pukul mentega dan gula castor sehingga kembang dan putih dengan kelajuan maksimum.

2. Selepas itu, masukkan soda bicarbonat dan cream of tartar ke dalam adunan tadi dan pukul lagi sehingga rata dan sebati.

3. Masukkan telur dan pukul lagi adunan sehingga telur itu sebati dgn adunan tadi.

4. Campurkan orange emulco tadi dengan adunan dan pukul sehingga rata dan sebati.

5. Masukkan campuran tepung gandum, buahan campur, kismis hitam, ceri hijau dan ceri merah yang telah digaul sebati dahulu bersama untuk mengelakkan campuran buah itu mendap ke bawah ke dalam adunan tadi.

6. Akhir sekali, masukkan caramel itu tadi perlahan-lahan dengan menggunakan kelajuan paling rendah dan pukul sehingga rata dan sebati.

7. Masukkan esen vanilla ke dalam adunan selepas caramel itu tadi sebati.

8. Tuang adunan ke dalam loyang kek yang telah di sapu sedikit mentega dan dialaskan kertas minyak.

9. Kukus selama 4jam 15minit sehingga kek buah kukus ini masak. 2jam pertama hendaklah menggunakan api yg kuat untuk menaikkan kek dan 2jam 15minit terakhir hendaklah menggunakan api yg sederhana dan setiap 30minit hendaklah periksa kukusan untuk mengelap air yg mungkin terkumpul di atas kek.

Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.

Follow kami di:

Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia

Video thumbnail

Thumbnail: Resepi Kek Buah Kukus | Try Masak | iCookAsia

iCookAsia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: