Resepi Puding Roti Berkuah Kastard | Try Masak | iCookAsia
- iCookAsia
- 00:02:35
Dapatkan resipi penuh Puding Roti Berkuah Kastard di: http://www.icookasia.com/puding-roti-berkuah-kastard/
Bahan untuk membuat puding (hidangan untuk 4 orang):
10 keping roti
3 cawan susu rendah lemak
4 biji telur ayam
4 Sudu besar gula pasir
1 Sudu teh esen vanila
4 Sudu besar kismis
Sedikit marjerin untuk disapu pada loyang
Bahan untuk membuat kuah kastard:
2 cawan susu rendah lemak
3 sudu besar gula pasir
1 sudu teh esen vanila
2 sudu besar tepung kastard.
_________________________________________________________________
Beli barang dapur dengan MUDAH di sini:
Express Toaster: http://bit.ly/2U1zkka
Custard Powder: http://bit.ly/2ZwIF4I
Vanilla Essence: http://bit.ly/2KTx8rT
Wok Pan: http://bit.ly/33Yagiv
Cookware Essential 5 pcs set: http://bit.ly/2LbJVVL
_________________________________________________________________
Cara membuat
1. Mula-mula sapu rata loyang dengan marjerin. Kemudian masukkan roti yang telah dicarik kasar berselang seli dengan kismis. Ketepikan sebentar
2. Kemudian, masukkan susu, gula,esen vanilla dan telur ke dalam mangkuk. Kacau sehingga gula larut dan sebati.
4. Selepas itu, tuang ke dalam loyang yang berisi roti dan kismis. Tekan sedikit supaya roti tenggelam dan dapat menyerap bahan-bahan tersebut.
5. Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 200 darjah celcius antara 30-40 minit.
6. Sementara menunggu puding dibakar, sediakan kuah kastard. Masukkan susu, gula, esen vanilla dan tepung kastard ke dalam periuk. Kacau rata. Kemudian masak di atas dapur dengan api yang kecil. Kacau selalu sehingga kuah sedikit pekat.
7. Setelah pekat, bolehlah diangkat dan disejukkan. Sedia untuk dihidang bersama puding roti. Selamat mencuba!
Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.
Follow kami di:
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
Thumbnail: Resepi Puding Roti Berkuah Kastard | Try Masak | iCookAsia