3 Resepi Bubur Ringkas & Lazat | 3 Simple & Delicious Porridge Recipes | Seismik Makan

Hasilkan Bubur Tom Yam & 2 lagi bubur unik ini untuk yang tersayang dalam masa yang singkat. Berkhasiat, lazat dan senang dibuat, resipi-resipi bubur ini pasti akan menjadi hidangan kegemaran keluarga untuk makan malam.
__

0:07 Bubur Ayam Halia
0:45 Bubur Tom Yam Udang
1:18 Bubur Ikan Masin
__

RESIPI PENUH:

BUBUR AYAM HALIA

Bahan-bahan:
- 1 cawan beras
- 1 1/2 inci halia
- 1 periuk air
- 2 dada ayam
- 2 MAGGI Kiub Pati Ayam
- 2 biji telur
- Lada hitam
- Daun bawang (dihiris)

Cara:
1. Di dalam periuk, masukkan beras, halia, dada ayam. Masukkan air sehingga penuh periuk.
2. Masukkan MAGGI Kiub Pati Ayam. Kemudian renehkan hingga nasi menjadi bubur.
3. Keluarkan dada ayam untuk dihiris.
4. Masukkan lada hitam secukup rasa.
5. Kacau bubur, dan pecahkan telur di dalam.
6. Bubur Ayam Halia siap untuk dinikmati bersama hirisan daun bawang segar.

BUBUR TOM YAM UDANG

Bahan-bahan:
- 1 cawan beras
- 1 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 periuk air
- 2 MAGGI Kiub Sup Tom Yam
- 1 biji cili merah (dihiris)
- 1 cawan kubis bunga
- 400g udang (dikupas kulit)
- Daun ketumbar

Cara:
1. Di dalam periuk, masukkan beras, halia, bawang putih. Masukkan air sehingga penuh periuk.
2. Masukkan MAGGI Kiub Sup Tom Yam, kemudian renehkan sehingga nasi menjadi bubur.
3. Masukkan cili merah, udang dan kubis bunga. Renehkan selama 5 minit.
4. Bubur Tom Yam Udang siap untuk dinikmati bersama hirisan daun ketumbar.

BUBUR IKAN MASIN

Bahan-bahan:
- 1 cawan beras
- 200g isi ikan
- 1 inci halia
- 1 periuk air
- 2 MAGGI Kiub Pati Ikan Bilis
- 1 cawan ikan masin kurau (dipotong kiub, digoreng)

Cara:
1. Di dalam periuk, masukkan beras, halia dan isi ikan. Masukkan air sehingga penuh periuk.
2. Masukkan MAGGI Kiub Pati Ikan Bilis, kemudian renehkan sehingga menjadi bubur.
3. Masukkan ikan masin kurau yang telah digoreng dan gaul.
4. Bubur Ikan Masin sudah disiap untuk dihidang bersama hidangan daun bawang segar.

---

Muzik:
marmosetmusic.com

Kru:
Producer & Chef - Ihsan Ihsani
Videographer & Editor - Shin Ling Eyu

---

Dapatkan pelbagai lagi resipi-resipi lazat & ringkas di sini:
'Like' kami di Facebook: https://bit.ly/smakanfb
'Follow' kami di Instagram: http://bit.ly/smakaninsta

Video thumbnail

Thumbnail: 3 Resepi Bubur Ringkas & Lazat | 3 Simple & Delicious Porridge Recipes | Seismik Makan

Seismik Makan

Senarai Video

Kongsi video ini ke: