BAB 2 RESPIRASI (KLINIK SAINS TINGKATAN 3)

Semua hidupan menyedut oksigen dan menghembus keluar karbon dioksida semasa pernafasan. Oksigen meresap ke dalam tisu badan dan digunakan untuk mengoksidakan makanan semasa proses respirasi sel. Bagaimanakah udara disedut dan dihembus keluar dari peparu? Organ-organ pernafasan termasuk lubang hidung, rongga hidung, farinks, larinks, salur pernafasan (trakea, bronkus dan bronkiol), alveolus dan peparu. Setiap alveolus mempunyai dinding yang sangat nipis, iaitu setebal satu sel, lembap dan diliputi oleh banyak jaringan kapilari darah.Udara dari luar disedut ke dalam peparu melalui proses tarikan nafas. Udara dikeluarkan dari peparu melalui proses hembusan nafas.Semasa tarikan nafas, otot interkosta mengecut. Hal ini menyebabkan tulang rusuk naik ke atas dan ke luar. Semasa hembusan nafas, otot interkosta mengendur. Hal ini menyebabkan tulang rusuk turun ke bawah dan ke dalam.Gas oksigen meresap ke dalam kapilari darah untuk dibawa ke semua sel badan disebabkan oleh kepekatan oksigen yang tinggi di dalam alveolus dan kepekatan oksigen yang rendah di dalam aliran darah. Dalam darah, oksigen akan bergabung dengan hemoglobin dalam sel darah merah membentuk oksihemoglobin untuk diangkut ke sel-sel badan.Di sel-sel badan, oksihemoglobin yang tidak stabil terurai membentuk oksigen dan hemoglobin. Oksigen meresap masuk ke dalam sel badan yang mempunyai kepekatan oksigen yang lebih rendah.Kanser peparu, bronkitis, asma dan emfisema peparu adalah contoh-contoh penyakit sistem respirasi. Asap rokok mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh menjejaskan sistem respirasi seperti tar rokok, gas-gas berasid, bahan karsinogen dan nikotina.Amfibia seperti katak bernafas melalui peparu dan kulit luar
yang lembap, ikan bernafas melalui insang dan serangga seperti belalang bernafas melalui sistem trakea.Kebanyakan tumbuhan menjalankan proses pertukaran gas dengan persekitaran melalui daun, batang dan akar. Peresapan karbon dioksida dan oksigen berlaku melalui stoma mengikut perbezaan kepekatan gas di dalam sel dan di dalam ruang udara antara sel.
#BAB2 #RESPIRASI #SAINSTINGKATAN3 #ULANGKAJI #SOALANPT3 #PDPR #AYU

Video thumbnail

Thumbnail: BAB 2 RESPIRASI (KLINIK SAINS TINGKATAN 3)

Cikgu Dess2020

Senarai Video

Kongsi video ini ke: