PANDUAN MENAIP HANYA DENGAN SUARA MENGGUNAKAN GOOGLE DOCS(JIMAT MASA)

Hampir semua orang di seluruh dunia tahu apa itu Google, namun sebahagian orang hanya menggunakan Google untuk searching saja. Padahal masih banyak kemudahan dari Google ini, salah satunya ialah Google Drive yang di dalamnya terdapat kelebihan iaitu Google Docs. Google Drive ini merupakan Cloud Computing , kita dapat mengawal tanpa install terlebih dahulu dan kita dapat mengedit dengan orang lain tanpa perlu download terlebih dahulu.
Google Docs merupakan salah satu aplikasi yang berhubungan dengan file dokumen seperti PDF, Word, Excel, dan Power Point menggunakan jaringan internet. Seiring dengan perkembangan jaringan komputer, kini sudah banyak aplikasi-aplikasi alternatif yang menggunakan sistem online. Bermula dari penyimpanan online seperti cloud server hingga aplikasi edit dokumen seperti Google, yakni Google Docs.
Google Docs adalah salah satu fasiliti Google yang dibuat khas untuk menyimpan dokumen-dokumen yang dimiliki, maksudnya kita dapat menggunakan Google docs untuk menyimpan data sendiri. Contohnya kalau laptop atau komputer kita rosak,kita tidak terlalu risau kerana di Google docs semua data kita tersimpan selamat dan tanpa ada yang berubah sedikit pun.
Berikut ini adalah beberapa kelebihan menggunakan Google Docs :
• Real time collaboration: 50 orang dapat bekerja dalam dalam satu waktu
• Meningkatkan produktiviti
• Tidak perlu file dengan perbagai versi.
• Meningkatkan efisiensi.
• Setiap perubahan disimpan secara automatik.
• Aman: menyimpan file penting atau guru sekolah tidak takut hilang atau rosak atau terkena virus.
Beberapa manfaat Google Docs :
• Murid menjalankan tugas berkumpulan dari rumah masing2 tanpa perlu berkumpul di satu tempat.
• Para guru dari satu sekolah atau dari sekolah berlainan(Forum Musyawarah) dapat menlaksanakan aktiviti kurikulum atau pembelajaran tanpa perlu bertemu.
• Untuk projek atau tesis akhir, mahasiswa tidak perlu membuang masa Cuma edit sahaja. Bahkan tidak perlu bertemu, ini akan menjimatkan masa.

Google Docs ialah suite pejabat terdiri daripada komponen pemproses perkataan dalam talian yang diberikan secara percuma oleh Google. Ia merupakan alternatif kepada Microsoft Word. Google Docs mempunyai ciri-ciri yang lebih banyak daripada apa yang anda ketahui.
Anda boleh mencipta perkataan, mengedit dan berkongsi dokumen secara dalam talian dan boleh diakses di mana-mana komputer dengan sambungan internet.
Google Docs merupakan produk Google. Program yang direka khas untuk semua golongan terutama mereka yang inginkan kebebasan daripada membawa sebarang peralatan kecuali telefon pintar.
Kelebihan Google Docs
Google Docs di bawah Google Office adalah aplikasi percuma. Asasnya, tiada yuran atau bayaran dikenakan untuk mendapatkannya.
Semua fail disimpan dalam storan awan secara percuma. Dengan kapasiti 15 GB percuma per pengguna, bolehlah anda menyimpan sebanyak mungkin fail dalam pelbagai bentuk termasuk dokumen, foto di sini secara percuma!
Anda tidak memerlukan pendrive atau flush drive untuk menyimpan data. Kalau terlupa, tiada masalah kerana semua data di simpan dalam storan awan secara percuma.Kita boleh menulis, mengedit dan bekerjasama di mana sahaja secara percuma.

Google Docs lebih daripada kita sangkakan seperti Microsoft Word, asasnya, Google Docs pun sama sama.Di Google Docs terdapat pelbagai templat resume kerja, laporan dan lain-lain dokumen. Semuanya direka hanya di Google Docs. Anda boleh mengguna dan menukar beratus jenis fonts. Wow hebat bukan. Perbezaan ketara di antara Google Docs dan Microsoft Word ialah Google Docs boleh mengedit dokumen dalam talian. Juga anda boleh menukarkan dokumen Word kepada Google Docs dan sebaliknya.Untuk pengguna telefon pintar Android, anda boleh muat turun aplikasi Google Docs menggunakan Google Playstore
Bagaiamana nak guna Google Docs?
Untuk kali pertama, sila log masuk ke docs.google.com. Pastikan anda telah mendaftar di Google sama ada melalui Gmail dan sebagainya.Setelah log masuk, di halaman permulaan Google Docs, sila klik File, kemudian New dan klik From template. Dan bolehlah mula menulis. Setelah itu, sekiranya anda terlupa mengelik butang simpan (Save), jangan bimbang kerana dokumen anda telah disimpan secara automatik di Google Docs ini.
Kesimpulan
Berdasarkan penerangan berkaitan Google Docs di atas, sememangnya kehebatan aplikasi Google Docs tidak dapat disangkal lagi. Paling ketara, Google Docs boleh dikongsi secara dalam talian dan diedit serentak. Juga boleh membuka Google Docs secara bukan dalam talian (offline). Wow hebat bukan. Marilah kita sama-sama menggunakannya. Selamat mengguna Google Docs.

#kitabantukita
#GoogleDocs
#voicetyping
#guru
#guruICT
#DELIMAKPM
#GuruLiterasiDigital
#GoogleClassroom
#VideoTrailer
#kitajagakita
#AkademiYoutuber
#cikgootube

Video thumbnail

Thumbnail: PANDUAN MENAIP HANYA DENGAN SUARA MENGGUNAKAN GOOGLE DOCS(JIMAT MASA)

Cikgu Dess2020

Senarai Video

Kongsi video ini ke: