Resepi Biskut Almond London | Try Masak | iCookAsia | Resepi Ramadan & Hari Raya

Biskut almond london merupakan biskut raya wajib bagi hampir setiap keluarga yang menyambut hari raya aidilfitri dan adidiladha!

Dapatkan resipi penuh Biskut Almond London disini: http://www.icookasia.com/almond-london-2/

Bahan-bahan

Mentega (200g)
½ cawan gula icing
Telur kuning (1 biji)
½ cawan serbuk almond
Tepung kek (self raising flour) (3 cawan)
Kacang almond secukupnya (dipanggang)
Almond nibs
Coklat masakan

Cara membuat

1. Pukul mentega dan gula. Masukkan juga telur kuning sedikit demi sedikit. Pukul sehingga lembut dan sebati

2. Kemudian masukkan tepung kek dan serbuk almond

3. Uli sehingga sebati dan lembut. Jika ia tidak melekat di tangan, bermakna ia telah siap diuli

4. Seterusnya bentukkan doh menjadi bulat dan masukkan kacang sebiji almond yang telah di panggang

5. Bakar pada suhu 160°C, selama 20 minit atau sehingga masak

6. Apabila siap dibakar, biarkan biskut sejuk sebentar

7. Sementara itu, cairkan coklat masakan dengan teknik double boiler. Celupkan biskut dan masukkan ke dalam bekas paper cup

8. Biskut almond London sedia untuk dihidang, terutamanya ketika hari raya.


Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.

Follow kami di:

Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia

Video thumbnail

Thumbnail: Resepi Biskut Almond London | Try Masak | iCookAsia | Resepi Ramadan & Hari Raya

iCookAsia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: