Ayam Masak Cendawan PKP & Nasi Beryani Udang Cheese Lockdown | Dapur Rasa LIve

NASI BERIANI UDANG CHEESE LOCKDOWN

BAHAN-BAHAN:
15-20 ekor udang
1 mangkuk keju Mozarella
Nasi Beriani Segera Chef Ustazah
400ml air
Bawang goreng
Daun ketumbar
Daun pudina

CARA MEMASAK:
1. Panaskan air. Masukkan perencah beriani.
2. Bila mendidih, masukkan udang. Bila udang dan bertukar warna merah. Angkat dan ketepikan.
3. Masukkan beras basmathi yang telah ditoskan.
4. Bila nasi hampir kering. Susun udang dan taburkan keju. Tabur bawang goreng, daun pudina dan daun ketumbar.
5.Siap untuk dihidangkan.

AYAM MASAK CENDAWAN PKP

BAHAN-BAHAN :
½ ekor ayam dipotong kecil (letak garam kunyit dan goreng)

BAHAN SOS :
½ cawan sos cili
½ cawan sos tomato
½ cawan sos plum
½ cawan sos tiram
2 sudu makan kicap pekat

BAHAN SAYUR :
Cendawan kelabu
Cendawan butang
1 batang lobak merah
Bunga kubis
Tomato dipotong 6
Cili untuk hiasan
Daun salad hiasan masa menghidang

BAHAN MENUMIS :
1 cawan minyak
2 labu bawang besar -dimayang
3 ulas bawang putih -ditumbuk kasar
2 batang serai -dititik
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 - 2 mug air

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak. Tumiskan serai yang dititik. Masukkan bawang besar mayang dan bawang putih.
2. Masukkan semua sos dan kicap.
3. Masukkan air dan serbuk lada hitam.
4. Masukkan lobak merah, bunga kubis, cendawan kelabu, cendawan butang serta tomato.
5. Akhir sekali masukkan ayam. Gaul rata. Tutup api.
6. Siap untuk dihidang.

Video thumbnail

Thumbnail: Ayam Masak Cendawan PKP & Nasi Beryani Udang Cheese Lockdown | Dapur Rasa LIve

Majalah Rasa

Senarai Video

Kongsi video ini ke: