KRONOLOGI ANCAMAN KOMUNIS DAN PERISYTIHARAN DARURAT SEJARAH TINGKATAN 4 KSSM : BAB 6

Setelah berakhirnya penguasaan Jepun ke atas Tanah Melayu, kekosongan politik yang berlaku umpama orang mengantuk disorongkan bantal. Komunis mengintai peluang keemasan untuk menubuhkan Republik Komunis di Tanah Melayu. Serta-merta dilancarkan perjuangan bersenjata yang membawa kepada perisytiharan darurat di Tanah Melayu pada 1948.

Komunis bertindak melumpuhkan ekonomi, merosakkan infrastruktur, mengancam keselamatan rakyat dan pasukan keselamatan.

Pelbagai usaha dilaksanakan untuk menangani ancaman komunis. Antaranya penguatkuasaan Undang-undang Darurat 1948, pemerkasaan pasukan keselamatan, pendaftaran kebangsaan dan kad pengenalan, rancangan Briggs, tawaran pengampunan, Kempen Bulan Rakyat Melawan Penjahat, perintah berkurung, perang saraf dan rundingan Baling.

Rakyat mula sepakat. Darurat turut memberikan impak yang besar kepada politik dan sosioekonomi. Setelah 12 tahun berendam air mata dan menahan rasa akhirnya penderitaan ini ditamatkan apabila Tunku Abdul Rahman menandatangani penamatan Ordinan Peraturan-Peraturan Darurat 1948.

Jangan lupa like facebook CHEQGHU CHANNEL : https://www.facebook.com/Cheqghu-Channel-100854678324095/

#sejarahtingkatan4kssm #cheqghuchannel #form4

Video thumbnail

Thumbnail: KRONOLOGI ANCAMAN KOMUNIS DAN PERISYTIHARAN DARURAT SEJARAH TINGKATAN 4 KSSM : BAB 6

CHEQGHU CHANNEL

Senarai Video

Kongsi video ini ke: