Kari Ayam Kapitan | Try Masak | iCookAsia

Dapatkan resepi penuh Kari Ayam Kapitan di: http://www.icookasia.com/kari-ayam-kapitan/

Bahan-bahan (untuk 8 orang)

½ ekor Ayam di potong 7 bahagian
5 helai daun limau purut
2 biji bawang besar - hiris nipis
2 ulas bawang merah kecil – hiris nipis
2 ulas bawang putih - hiris nipis
4 biji Cili Merah
3 keping asam keping
garam dan gula secukupnya
2 sudu besar rempah kari
½ cawan minyak masak

Bahan-bahan untuk dikisar:
2 inci lengkuas
4 biji kunyit hidup
2 inci halia
1 batang serai
1 sudu besar udang kering, direndam sebentar supaya lembut
Sedikit air

Bahan-bahan lain yang diperlukan:
200 ml santan
50 ml susu cair
1 biji tomato dibelah 4

Cara membuat

1. Mula-mula masukkan lengkuas, kunyit, halia, serai, udang kering dan sedikit air ke dalam mesin pengisar. Kisar sehingga halus dan ketepikan dahulu.

2. Kemudian masukkan ayam, daun limau purut, bawang besar, bawang kecil, bawang putih, cili merah, asam keping, garam, gula, rempah kari, minyak dan bahan kisar tadi ke dalam kuali. Kacau rata dan buka api sederhana. Tutup dan biarkan lebih kurang 5 minit.

3. Selepas itu, buka penutupnya dan masukkan santan, susu cair dan tomato. Kacau rata dan renehkan lagi lebih kurang 10 minit dengan api sederhana kecil.

4. Setelah ayam masak, kari ayam kapitan sedia untuk dihidang bersama nasi putih atau nasi minyak. Selamat mencuba!

Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.

Follow kami di:

Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia

Video thumbnail

Thumbnail: Kari Ayam Kapitan | Try Masak | iCookAsia

iCookAsia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: