BAB 8 KERADIOAKTIFAN SAINS TINGKATAN 3(SIRI 1)
- Cikgu Dess2020
- 00:40:56
Keradioaktifan merujuk kepada zarah-zarah yang terbebas daripada nukleus yang tidak stabil. Suatu nukleus yang tidak stabil disebut radioaktif. Nukleus radioaktif mereput dengan membebaskan sinaran. Terdapat beberapa sinaran yang kebanyakannya adalah alfa, beta dan gama.Keradioaktifan ialah proses pereputan secara rawak dan spontan bagi suatu nukleus yang tidak stabil dengan memancarkan sinaran radioaktif. Bahan radioaktif terdiri daripada atom yang mengandungi nukleus yang tidak stabil yang akan mengalami pereputan dan memancarkan sinaran radioaktif. Pereputan radioaktif ialah proses rawak dan spontan,
iaitu suatu nukleus yang tidak stabil memancarkan sinaran radioaktif sehingga nukleus tersebut menjadi lebih stabil. Unit pengukuran dan simbol bagi keradioaktifan yang pertama yang diperkenalkan oleh Marie dan Pierre Curie ialah curie, Ci. Unit S.I. dan simbol bagi keradioaktifan ialah becquerel, separuh hayat ialah tempoh masa yang diambil untuk bilangan nukleus yang belum mereput untuk berkurang menjadi setengah daripada nilai asalnya. Apabila suatu atom menderma atau menerima elektron, atom itu menjadi zarah bercas yang dikenal sebagai ion.
Atom yang menderma elektron membentuk ion positif (kation). Atom yang menerima elektron membentuk ion negatif (anion).
#BAB8KERADIOAKTIFAN #SAINSTINGKATAN3 #PDPR #AYU
Thumbnail: BAB 8 KERADIOAKTIFAN SAINS TINGKATAN 3(SIRI 1)