SAINS TAHUN 4 : PANTULAN CAHAYA part 1 sains tahun 4
- Akhyar Arzmi
- 00:08:07
klik soalan uji minda : https://forms.gle/ewLL6ZDx9MCjVMwi8
TEMA : SAINS FIZIKAL
Tajuk : 5.0 Sifat Cahaya
5.2 Pantulan Cahaya
5.2.1 Menyatakan cahaya boleh dipantulkan dengan menjalankan aktiviti.
5.2.2 Memerihalkan kegunaan pantulan cahaya dalam kehidupan harian.
5.2.3 Melukis gambar rajah sinar yang menunjukkan pantulan cahaya pada cermin.
Pantulan Cahaya
Apabila melihat cermin, kita dapat melihat imej kita terbentuk pada
cermin. Fenomena ini dinamakan pantulan cahaya
Cahaya yang menyinari kamu sebenarnya dipantulkan
ke arah cermin, dan cermin itu pula memantulkan imej
ke arah mata kamu
Imej terbentuk pada
permukaan air.
Imej terbentuk pada permukaan
lantai berjubin.
Imej terbentuk pada
permukaan logam.
Bulan bukan sumber cahaya. Bulan
kelihatan bercahaya pada waktu
malam kerana Bulan memantulkan
cahaya matahari ke arah Bumi.
Dalam kehidupan harian kita, banyak situasi yang melibatkan kegunaan
pantulan cahaya.
Cermin pergigian membantu
doktor gigi untuk melihat keadaan
gigi pesakit pada bahagian yang
terlindung.
Pelanggan di kedai kasut boleh
melihat imej kasut yang dipakai
melalui cermin yang diletakkan
pada bahagian bawah.
Pelanggan di kedai gunting rambut
boleh melihat imej bahagian
belakang kepalanya melalui cermin
yang diletakkan di belakang
Tentera laut boleh melihat objek
yang berada di permukaan
laut dari dalam kapal selam
dengan menggunakan periskop.
Dua cermin dalam periskop
memantulkan cahaya dari objek
yang terhalang ke arah mata
pemerhati.
Apabila cahaya terkena pada permukaan yang rata dan licin seperti
cermin muka, cahaya tersebut akan dipantulkan
#sainstahun4 #akhyararzmi #pantulancahaya #sainsfizikal #sifatcahaya #sinarpantulan sains tahun 4
Thumbnail: SAINS TAHUN 4 : PANTULAN CAHAYA part 1 sains tahun 4