NIAT DAN DOA LEPAS WUDHUK | TERJEMAHAN GuruPendIslamSK kitabantukita santai2je
- rohaizah mohamed sohor
- 00:07:52
Kem Bestari Solat adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif di satu tempat khas mengikut kesesuaian sesebuah sekolah.
OBJEKTIF
Murid dapat berwuduk dengan sempurna.
Murid dapat mengetahui cara-cara menunaikan solat dari segi Perlakuan.
Murid dapat melafazkan bacaan dalam solat dengan betul dan lancar.
Murid dapat menunaikan solat secara individu dan berjemaah dengan
sempurna.
PENGENALAN/PENGERTIAN WUDUK
Dari segi bahasa ertinya bersih dan indah. Wuduk ialah membersihkan anggota wuduk untuk menghilangkan hadas kecil dengan menggunakan air mutlak yang dimulai dengan niat.
PERKARA WAJIB WUDUK ADA 6 PERKARA
1. Niat (Ketika memasuh muka)
(Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah ta’ala)
2. Membasuh muka.
3. Membasuh dua tangan hingga siku.
4. Menyapu sebahagian Kepala.
5. Membasuh kedua belah kaki.
6. Tertib.
PERKARA SUNAT WUDUK
1. Membaca Basmalah
2. Membasuh tangan hingga pergelangan tangan
3. Berkumur
4. Memasukkan air ke dalam hidung
5. Menyapu seluruh kepala.
6. Membasuh telinga.
7. Mendahulukan yang kanan dari yang kiri.
8. Membasuh anggota wuduk sebanyak tiga kali.
9. Membaca doa selepas wuduk
Orang Islam wajib berwudhu ketika hendak mendirikan solat. Hal itu telah diterangkan oleh Allah SWT di dalam al Quran Suroh al Maidah ayat 6 yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mendirikan solat (padahal kamu dalam keadaan berhadas kecil), maka (berwudhu`lah) yakni membasuh muka kamu dan kedua-dua lenganmu hingga ke siku dan sapulah sebahagian daripada kepala kamu dan basuhlah kedua-dua kamkimu sehingga ke buku lali..."
Seseorang itu adakalanya wajib bewudhu`dan adakalanya sunat sahaja. Hukum berwudhu bergantung pada amalan yang akan dilakukan.
KAIFIAT BERWUDHU`
Wudhu` yang sempurna ialah wudhu` yang dilakukan mengikut syarat-syarat tertentu. Antara syarat-syarat tersebut termasuklah:
Beragama Islam, tidak sah dilakukan oleh orang Kafir
Mumaiyiz,iaitu dapat membezakan perkara baik dan buruk.
Tiada benda yang menghalang air untuk sampai ke anggota wudhu`
Menggunakan air mutlak untuk berwudhu`
RUKUN WUDHU`
Rukun wudhu` mengandungi enam perkara, iaitu:
Niat wudhu` ketika membasuh muka.lafaznya:
"Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Ta`ala."
Membasuh muka dengan meratakan air di seluruh muka termasuk misai, janggut dan bulu mata.
Membasuh kedua-dua tangan hingga siku.
Menyapukan air di kepala.
Membasuh kedua-dua kaki hingga buku lali
Tertib, iaitu melakukan perbuatan tersebut mengikut urutan.
SUNAT WUDHU`, MAKRUH DAN PERKARA YANG MEMBATALKAN
Terdapat beberapa yang sunat dilakukan ketika berwudhu`. Antara perkara-perkara sunat tersebut, iaitu:
Membaca basmallah,
membasuh kedua-dua tangan hingga ke pergelangan tangan.
berkumur-kumur,
memasukkan air ke dalam hidung kemudian menghembuskannya keluar,
membasuh seluruh kepala
membasuh kedua-dua telinga
mendahulukan anggota sebelah kanan drp yang sebelah kiri.
menyapukan air dan membasuh anggota wudhu`tiga kali, dan
membaca doa selepas berwudhu`
MAKRUH WUDHU`
Membasuh anggota wudhu` melebihi tiga kali.
menggunakan air secara membazir.
berkumur-kumur dan memasukkan air ke hidung ketika berpuasa.
Mendahulukan anggota yang sebelah kiri ketika berwudhu`
Bercakap-cakap ketika berwudhu`.
BATAL WUDHU`
Keluar sesuatu yang salah satu antara dua jalan (qubul dan dubur).
Tidur yang tidak tetap kedudukan punggungnya.
Bersentuh kulit antara lelaki dan perempuan yang buklan muhram tanpa berlapik.
Tersentuh kemaluan manusia dengan tapak tangan.
Hilang akal samada mabuk atau pengsan.
PERKARA YANG DILARANG DILAKUKAN TANPA BERWUDHU`
Islam telah menetapkan beberapa larangan dan tegahan kepada orang yang tidak berwudhu`. Antara tegahan dan larangan itu termasuklah:
Larangan drpd mengerjakan solat samada solat sunat atau pun solat fardhu.
Tidak boleh mengerjakan tawaf di Baitullah.
Dilarang memegang atau menyentuh alQuran.
Dilarang membaca khutbah bagi khatib.
HIKMAH DAN KELEBIHAN WUDHU`
Islam sentiasa menggalakkan umatnya sentiasa berada dalam keadaan berwudhu` pada setiap masa walaupun setelah menunaikan ibadat solat.
Galakan ini didasarkan pada kelebihan yang telah dijanjikan oleh Allah SWT kepada orang yang sentiasa berwudhu`.
Terdapat beberapa hikmah dan kelebihan berwudhu`. Antara kelebihan tersebut termasuklah:
Dapat melahirkan ketenangan jiwa dan cenderung melakukan kebaikan.
mencerdaskan minda dan menenangkan jiwa.
Menghindarkan diri drpd kekotoran dan penyakit kerana anggota wudhu` selalu terdedah kepada kekotoran dan benda-benda najis.
Dapat membersihkan diri drpd dosa-dosa kecil.
Dapat menjauhkan diri drpd gangguan syaitan kerana syaitan suka kepada orang yang pengotor dan tidak menjaga kebersihan diri.
Thumbnail: NIAT DAN DOA LEPAS WUDHUK | TERJEMAHAN GuruPendIslamSK kitabantukita santai2je