PONTENG SEKOLAH|LEWAT KE SEKOLAH |TANGGUNGJAWAB BERSAMA| HEM SMK SERI BAYU#sifarponteng#jomkesekolah

Jom Hebah adalah salah satu program proaktif yang dianjurkan oleh Unit HEM SMK Seri Bayu. Ia adalah bertujuan sebagai intervensi masalah peratusan kehadiran yang agak tinggi terutamanya Calon SPM.

Di samping itu,program ini juga bertujuan memberi makluman dan hebahan kepada masyarakat setempat betapa pentingnya anak-anak ke sekolah untuk mencari ilmu dan berjaya kelak.

"Selaras dengan hasrat mencapai kecemerlangan pelbagai bidang, SMK SERI BAYU kini dalam usaha untuk meningkatkan kehadiran sebanyak 100% terutamanya bagi pelajar Tingkatan 5. Kami memerlukan sokongan dari ibubapa dan komuniti untuk bersama-sama dengan guru untuk menghapus kes ponteng dan lewat ke sekolah.Apa yang patut ibubapa lakukan?Pengawasan setiap masa untuk memastikan kehadiran awal dan lengkap ke sekolah setiap hari. Pastikan anak-anak mngulangkaji pelajaran di rumah serta tidur awal untuk bangun awal. Sebagai ahli komuniti, SMK Seri Bayu amat berharap agar gejala ponteng dan lepak ketika waktu persekolahan dapat dilaporkan terus ke pihak sekolah atau pihak polis.Selain itu, pemantauan dan nasihat kepada murid-murid serta perbincangan bersama warga penduduk pastinya dapat membantu membanteras gejala ini.Manakala kami guru-guru akan sentiasa menyediakan pendidikan terbaik untuk anak murid serta menaik taraf prasana dan teknik pembelajaran yang menarik untuk menggalakkan pelajar hadir ke sekolah setiap hari.Oleh itu,ingatlah ibubapa komuniti serta guru-guru perlu bergerak seiring untuk mencapai kecemerlangan. Dengan usaha semua, tidak mustahil SMK Seri Bayu akan menjadi salah sebuah sekolah yang Cemerlang di Pulau Pinang."

Video thumbnail

Thumbnail: PONTENG SEKOLAH|LEWAT KE SEKOLAH |TANGGUNGJAWAB BERSAMA| HEM SMK SERI BAYU#sifarponteng#jomkesekolah

Cikgu Duan

Senarai Video

Kongsi video ini ke: