Resepi Homemade 'Boba' Pearls | Seismik Makan

Pernah tertanya-tanya bagaimana hendak membuat pearls sendiri di rumah? Cubalah resepi homemade boba pearls kami yang akan menghasilkan pearls yang sangat chewy, bertekstur kenyal-kenyal apabila dinikmati bersama minuman kegemaran anda seperti teh ais dan juga kopi ais. Nak minum bersama sirap bandung pun boleh!

Menggunakan hanya 5 bahan asas sahaja, anda boleh membuat homemade pearls ini sebagai aktiviti keluarga bersama kanak-kanak pada hujung minggu. Pasti seronok!

-----

Dapatkan pelbagai lagi resipi-resipi lazat & ringkas di sini:
'Like' kami di Facebook: https://bit.ly/smakanfb
'Follow' kami di Instagram: http://bit.ly/smakaninsta

-----

RESEPI PENUH

Bahan-bahan:

1 cawan gula perang
1/2 cawan air
2 cawan tepung ubi kayu
1/2 sudu kecil pewarna hitam
2 helai daun pandan

Cara:

1. Dalam satu periuk, larutkan 1/2 cawan gula perang bersama 1/2 cawan air.
2. Masukkan tepung ubi kayu sedikit demi sedikit sehingga adunan dicampur dengan sebati. Keluarkan adunan ke atas permukaan yang bersih dan sejuk.
3. Masukkan 1/2 sudu kecil pewarna hitam. Uli doh sehingga warna hitam menjadi sekata dah doh tidak melekat.
4. Bulatkan doh menjati sfera bersaiz kecil.
5. Dalam periuk lain, renehkan air bersama 2 helai daun pandan dan 1/2 cawan gula perang. Masukkan pearls dan rebus selama 45 minit ataupun sehingga pearls telah menjadi chewy .
6. Rendamkan pearls yang telah masak ke dalam air sejuk. Homemade Boba Pearls anda telahpun siap!

-----

Kredit

Muzik:
marmosetmusic.com

Kru:
Producer - Ihsan Ihsani
Chef - Ihsan Ihsani
Videographer & Editor - Shin Ling Eyu

Video thumbnail

Thumbnail: Resepi Homemade 'Boba' Pearls | Seismik Makan

Seismik Makan

Senarai Video

Kongsi video ini ke: