1 Minggu 1 Istilah | Istidraj #04

Menerangkan tentang istilah Istidraj.Istidraj dari segi Bahasa diambil dari Bahasa Arab iaitu DARAJA yang bererti “naik dari satu tingkatan ke satu tingkatan selanjutnya .

Dari segi istilah Istidraj ialah kesenangan dan kenikmatan yang diberikan oleh Allah swt kepada orang2 yang suka melakukan maksiat dan kepada golongan yang suka melanggar perintah Allah.
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-A'raaf, ayat 182:
وَالَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا سَنَسْتَدْرِجُهُم مِّنْ حَيْثُ لَا يَعْلَمُونَ
Ertinya:
"Dan orang-orang yang mendustakan peringatan Kami, nanti Kami akan biarkan mereka beransur-ansur (ke arah kebinasaan), dengan cara yang tidak mereka ketahui".(QS. Al-A’raaf : 182)
Antara Tanda - tanda Istidraj adalah:
1. Kenikmatan duniawi yang melimpah ruah padahal jarang mendekatkan diri kepada Allah swt.Mereka diberikan harta kekayaan dan kesenangan oleh Allah swt dan mereka menjadi terlalu sibuk mengejar kemewahan duniawi menyebabkan mereka semakin lupa kepada Allah swt. Mereka menjadi semakin angkuh dan sombong dengan kelebihan mereka sedang mereka lupa semua itu hanya pinjaman dari Allah swt.
Tidak solat tapi berjaya, tak solat tapi kaya, tak solat tapi mewah, tak solat tapi gaji tinggi, tak solat tapi duit banyak…itu adalah antara tanda2nya.
2. Rezeki yang selalu bertambah pada hal ibadat selalu ditinggalkan. . Terdapat yang meninggalkan solat dan puasa kerana terlalu leka dengan urusan dunia.
Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.
3. Hidup sukses dan selesa pada hal selalu melakukan maksiat dan dosa tanpa rasa bersalah kepada Allah.
Kita lihat kehidupan sesetengah artis dan selebriti tanah air sekarang ini. Ramai yang hidup mewah, diberi harta berjuta2..tetapi lupa kepada Allah. Apa yang lebih menyedihkan mereka menjadi idola,role model kepada anak2 muda, anak2 kita tuan2 dan puan2.
Rasa bangga bila buat dosa tetapi Allah tidak turunkan bala. Rasa bongkak bila engkar perintah Allah tetapi tidak diazab oleh Allah.Astagfirullah al azim…siapalah kita yang meminta2 dan mengundang kemurkaan Allah. Hebat sangatkah kita sehingga langsung tidak ada perasaan gerun di hati di saat menuturkan kata2 seperti ini.
4. Jarang terkena musibah sakit. Golongan yang diberikan istidraj jarang ditimpa sakit samada kepada dirinya atau ahli keluarganya.Berbeza dengan golongan yang beriman kepada Allah yang sentiasa diuji dengan pelbagai kesulitan dan kepayahan. Kadang2 kita ada terfikir megapa orang yang buat jahat, banyak buat maksiat kehidupan mereka selesa, tanpa ada sebarang masalah.
Bukankah ALLAH SWT ada berfirman, “Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?”
Jika gagal terhadap satu-satu perkara, anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH, ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.
Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur.

Video thumbnail

Thumbnail: 1 Minggu 1 Istilah | Istidraj #04

Ustazah Salina

Senarai Video

Kongsi video ini ke: