SAINS TAHUN 6 : MAKSUD PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN
- Akhyar Arzmi
- 00:06:47
Klik LinK Soalan UJi MInda : https://forms.gle/2PU8X2oXGxW4J34c8
TEMA : SAINS HAYAT
Tajuk : 5.0 Pemeliharaan Dan Pemuliharaan
5.2 Kepentingan Menjaga Keseimbangan Alam
5.2.1 Menyatakan maksud pemeliharaan dan pemuliharaan haiwan dan tumbuhan.
5.2.2 Memerihalkan cara-cara pemeliharaan dan pemuliharaan haiwan dan tumbuhan.
Usaha-usaha
pemeliharaan dan
pemuliharaan perlu
dilakukan bagi
menyelamatkan
haiwan dan tumbuhan
daripada terus diancam
kepupusan.
Badak sumbu ini
dipelihara di zoo sebagai
satu cara melindungi
haiwan yang diancam
kepupusan.
Pemeliharaan bermaksud
mengekalkan keadaan
asal haiwan dan tumbuhan
daripada musnah.
Mendidik masyarakat tentang melindungi
haiwan dan tumbuhan daripada ancaman
kepupusan
Menganjurkan kempen yang
menentang pembalakan dan
pemburuan haram
Elakkan membeli produk yang
diperbuat daripada bahagian badan
spesies haiwan yang terancam
Mewartakan hutan sebagai
hutan simpan
Mewartakan spesies haiwan dan
tumbuhan sebagai spesies yang
dilindungi
Menebang pokok terpilih sahaja
bagi mengelakkan kepupusan
tumbuhan
Menguatkuasakan undang-undang dan
peraturan untuk mereka yang membunuh,
memburu dan menyeludup spesies haiwan
terancam.
Taman laut digazetkan untuk
melindungi habitat haiwan dan
tumbuhan di dasar lautan.
Sesetengah kawasan paya bakau diwartakan
sebagai tapak Ramsar untuk melindungi flora
dan fauna di kawasan paya bakau.
Pusat rehabilitasi orang utan
diwujudkan bagi memulihara orang
utan. Pusat rehabilitasi ini merupakan
contoh pemuliharaan. Tahukah kamu,
apakah yang dimaksudkan dengan
pemuliharaan?
Pemuliharaan haiwan dan tumbuhan
Pemuliharaan bermaksud
mengembalikan haiwan dan
tumbuhan kepada keadaan asal
supaya dapat dinikmati oleh
generasi akan datang.
Pusat pemuliharaan penyu memastikan
penyu mempunyai peluang yang tinggi
untuk hidup di habitat semula jadi.
Menanam semula pokok di kawasan pembalakan menggantikan
habitat yang telah musnah
Thumbnail: SAINS TAHUN 6 : MAKSUD PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN