Cara Guna Google Form Sebagai Penilaian PdPr
- Ong Hui Fern
- 00:12:29
Rakaman ini bertujuan membantu rakan guru untuk bina 1 set soalan, (taip sendiri atau import dari google form yang ada dalam drive), soalan boleh auto marking, cara shuffle pilihan jawapan soalan, cara shuffle soalan, limit 1 response, release response after manual view, hantar link copy kepada guru kelas lain, cara make a copy bagi bina link yang berbeza bagi setiap kelas, cara on dan off responses dan akhir sekali cara download responses (simpan dalam laptop, boleh lihat semula semasa offline) atau create responses di google sheet (perlu internet).
Tujuan shuffle soalan / pilihan jawapan dilakukan ialah untuk mengelakkan pelajar meniru dengan menghantar jawapan kepada rakan semasa menjawab. Kaedah ini adalah adil di mana semua pelajar diuji dengan soalan yang sama, hanya susunan soalan dan pilihan jawapan sahaja yang berbeza.
Limit 1 response supaya pelajar hanya jawab sekali sahaja seperti mengambil peperiksaan di sekolah. Ini juga membolehkan pelajar yang ada masalah email moe untuk menjawab menggunakan email biasa.
Setiap kelas 1 link. Jika pelajar ada masalah dengan link kelas semasa menjawab, guru masih boleh share link kelas lain untuk membantunya.
Cara make a copy ini membolehkan setiap guru simpan responses anak murid sendiri dalam drive masing-masing.
Release result aftar manual review juga dapat mengelakkan masalah peniruan. Ini seolah-olah pelajar mengambil peperiksaan di sekolah dan perlu tunggu guru semak dahulu baru boleh tahu markah.
Sekiranya ada salah dan silap atau ada cadangan untuk penambaikan, boleh tinggalkan komen atau PM saya di messenger. Pembelajaran berlaku seumur hidup, saya juga masih belajar.
Diharap dapat membantu guru yang memerlukan untuk melakukan penilaian PdPr dengan berkesan, Terima kasih.
Thumbnail: Cara Guna Google Form Sebagai Penilaian PdPr