BAB 7 TENAGA DAN KELESTARIAN HIDUP SAINS TINGKATAN 3 (SIRI 1)
- Cikgu Dess2020
- 01:07:15
Tenaga ialah keupayaan untuk melakukan kerja. Tenaga wujud dalam pelbagai bentuk seperti tenaga elektrik dan tenaga haba. Kuasa ialah kadar melakukan kerja, iaitu jumlah tenaga yang dipindahkan per unit masa Kerja didefinisikan sebagai hasil darab daya dan sesaran dalam arah daya. Kerja (W) = Daya (F) × Sesaran (s) Kuasa didefinisikan sebagai kadar melakukan kerja, iaitu kerja yang dilakukan dalam masa satu saat (atau tenaga yang digunakan per saat). Tenaga keupayaan graviti adalah kerja yang dilakukan untuk mengangkat sesuatu objek ke suatu ketinggian, h dari permukaan Bumi. Perkongsian Cikgu Dess ini diharap dapat membantu anak2 murid sekalian dan memberi manfaat kepada semua.
#BAB7SAINSTINGKATAN3 #PdPR #AYU #GoogleMeet
Thumbnail: BAB 7 TENAGA DAN KELESTARIAN HIDUP SAINS TINGKATAN 3 (SIRI 1)