Sains T1 | Bab 6 | 6.1 Pengelasan Unsur

Rakaman ini membincangkan Sains T1, Bab 6: Jadual Berkala , 6.1 Pengelasan Unsur dengan menggunakan Bahasa Melayu (disertakan Bahasa Cina). Video ini membincangkan
(i) semua jirim terdiri daripada atom
(ii) perbezaan atom dengan molekul, unsur dengan sebatian
(iii) kedudukan logam, bukan logam dan gas nadir dalam Jadual Berkala
serta soalan-soalan dalam sudut uji minda di sepanjang video

Video ini turut membincangkan Jadual Berkala dan jenis-jenis unsur dengan lebih teliti. Ini kerana berdasarkan pengalaman mengajar, Jadual Berkala ialah satu tajuk yang baru untuk semua pelajar tingkatan 1. Pecahan kedudukan logam, separuh logam dan bukan logam serta nama-nama unsur yang dibincangkan dengan teliti diharap dapat membantu pelajar ingat dengan lebih mudah.

Diharap video ini dapat membantu para guru untuk pdpr dan untuk seluruh murid tingkatan 1 -3 di Malaysia.

Saya mempunyai ramai pelajar yang sangat lemah yang mencetuskan semangat saya untuk menghasilkan video sains yang diharap dapat membantu mereka dalam menghadapi PdPr ini.

Terima kasih berkunjung ke channel saya. Like, share dan subscribe sebagai sokongan kepada saya untuk terus berkongsi video PdPc. Jika ada salah dan silap, boleh tinggalkan komen atau hubungi saya melalui messenger di FB.

#sainsting1 #bab6 #JadualBerkala #PengelasanUnsur

Video thumbnail

Thumbnail: Sains T1 | Bab 6 | 6.1 Pengelasan Unsur

Ong Hui Fern

Senarai Video

Kongsi video ini ke: