Nasi Ayam | Try Masak | iCookAsia
- iCookAsia
- 00:02:20
Dapatkan resipi penuh Nasi Ayam di: http://www.icookasia.com/nasi-ayam/
Bahan-bahan:
3 cawan beras,
½ ekor ayam,
2 ulas bawang putih, 2 ulas bawang merah
1 inci halia dihiris halus.
1 cm kulit kayu manis,
1 kuntum bunga lawang,
2 biji buah pelaga,
3 sudu sos tiram,
2 helai daun pandan,
sedikit serbuk kunyit,
gula,
garam secukup rasa.
Cara membuat
1. Pertama sekali, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau, diikuti dengan bawang merah.
2. Setelah itu, masukkan halia, buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis. Kacau lagi hingga wangi dan masukkan
4 ½ cawan air.
3. Apabila mendidih, masukkan ayam, garam, gula dan serbuk kunyit.
4. Apabila ayam empuk, angkat dan toskan airnya.
5. Gaulkan ayam tersebut bersama sos tiram dan perap seketika.
6. Selepas itu, masukkan beras yang sudah dibersihkan ke dalam air rebusan ayam tadi. masukkan daun pandan dan kacau sebentar. Setelah itu, biarkan hingga air sedikit kering.
7. Setelah itu, tutup periuk dan masak nasi dengan api yang kecil.
8. Sementara itu, panaskan minyak dan goreng ayam tadi. Tutup kuali supaya ayam masak rata.
9. Balik-balikkan ayam dan apabila garing, angkat dan toskan minyaknya.
10. Nasi ayam sedia untuk dihidang bersama kicap dan air lada. Selamat mencuba!
Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.
Follow kami di:
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
Thumbnail: Nasi Ayam | Try Masak | iCookAsia