Red Velvet Cupcake Sebagai Pencuci Mulut | iCookAsia
- iCookAsia
- 00:02:31
Red Velvet Cupcake ini sesuai untuk dihidangkan pada tetamu atau majlis di rumah. Resipi cupcake yang mudah dan sedap pasti menjadi kegemaran ramai. Jom cuba!
Bahan-bahan
Bahan untuk membuat cake
165g tepung Gandum
125g gula kastor
½ sudu kecil baking soda atau soda bikarbonat
½ sudu kecil garam
½ sudu kecil serbuk koko
¾ cawan minyak masak
½ cawan susu Segar, dicampur dengan 1 sudu kecil Cuka dan dibiarkan selama 30min
1 biji telur
1 sudu besar pewarna merah
½ sudu kecil cuka masakan
½ sudu kecil esen vanilla
Bahan untuk membuat cream cheese frosting
250g cream cheese Philadelphia
35g mentega
130g gula aising
½ sudu kecil esen vanilla
Cara membuat
1. Masukkan garam, minyak masak, susu segar yang dicampur bersama cuka, telur, pewarna merah, cuka, dan esen vanilla. Pukul sehingga minyak sebati dengan adunan.
2. Apabila tiada lapisan minyak di bahagian atas, ia menandakan kesemua adunan sudah sebati.
3. Masukkan tepung gandum, baking soda, serbuk koko dan gula kastor yang telah diayak terlebih dahulu kedalam adunan minyak tadi sebanyak 2kali sahaja.
4. Pukul adunan sehingga sebati. Kemudian masukkan ke dalam bekas cupcake dan bakar pada suhu 160°C sehingga masak. Kek perlu disejukkan terlebih dahulu sebelum diletakkan creamcheese frosting.
5. Untuk membuat creamcheese frosting: Pukul semua bahan-bahan sehingga sebati.
6. Sejukkan terlebih dahulu, dan letakkan di atas cupcake tadi.
Red Velvet Cupcake sedia untuk dihidang.
Mencari kuali dan peralatan memasak? Jom shopping online di https://shop.icookasia.com/
Want to be featured in our video? email us at [email protected]
----------------------------------------
Visit iCookAsia for more recipes: http://icookasia.com for more recipes.
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
--------------------
for advertising enquiries, please email to: [email protected]
#RedVelvet #Cupcake
Thumbnail: Red Velvet Cupcake Sebagai Pencuci Mulut | iCookAsia