Menengah Atas (2022) | Fizik (TIngkatan 4): Satelit Buatan Manusia

Tajuk : Fizik (TIngkatan 4): Satelit Buatan Manusia
Guru : Mohd Afifi Baharuddin
Episod ini memperkenalkan bagaimana satelit boleh kekal dalam orbitnya mengelilingi bumi dengan bergerak pada halaju linear tertentu yang boleh dihitung menggunakan formula halaju linear satelit. Ketinggian satelit yang berbeza menghasilkan dua jenis satelit yang berbeza dengan ciri-ciri yang tertentu iaitu satelit geopegun dan bukan geopegun. Jika satelit yang sedang berada dalam orbit tidak dapat mengekalkan halaju linearnya, satelit akan jatuh ke bumi dan terbakar. Sebaliknya jika satelit dibawa dengan halaju lepas planet bumi, satelit tersebut dapat keluar dari tarikan graviti bumi dan terlepas ke angkasa. Halaju lepas ini dapat dihitung berbeza mengikut jisim planet dan terdapat beberapa kelebihan halaju lepas yang boleh dihuraikan.

#DidikTV #MenengahAtas

Video thumbnail

Thumbnail: Menengah Atas (2022) | Fizik (TIngkatan 4): Satelit Buatan Manusia

ntv7malaysia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: