SAINS TAHUN 6 : simbiosis antara haiwan

klik Soalan Uji Minda : https://forms.gle/3G4hBUrLaWTiqJwU8

TEMA : SAINS HAYAT
Tajuk : 4.0 Interaksi Antara Hidupan

4.1 Interaksi Antara Haiwan

4.1.5 Menjelaskan melalui contoh jenis interaksi
antara haiwan seperti simbiosis:
mutualisme, komensalisme dan
parasitisme.

Hubungan rapat antara
dua atau lebih haiwan yang saling memberi
manfaat antara satu sama lain dikenali
sebagai simbiosis. Simbiosis boleh berlaku
dalam tiga keadaan, iaitu mutualisme,
komensalisme dan parasitisme.

Simbiosis antara kerbau
dengan burung gembala ialah
interaksi yang membawa
manfaat kepada kedua-dua
haiwan tersebut. Interaksi ini
dikenali sebagai mutualisme.

Simbiosis antara kucing dengan sengkenit
ialah interaksi yang memberi manfaat
sebelah pihak sahaja dan merugikan
satu pihak yang lain. Simbiosis ini pula
dikenali sebagai parasitisme.

Simbiosis antara ikan jerung dengan ikan remora ialah interaksi dua spesies ikan
yang berbeza. Interaksi ini hanya memberi manfaat kepada satu spesies tetapi
satu spesies lagi tidak mendapat sebarang manfaat mahupun kesan buruk.
Simbiosis ini dikenali sebagai komensalisme.

Buran melekatkan dirinya pada cangkerang dan
memberikan perlindungan tambahan kepada
umang-umang. Apabila umang-umang tersebut
bergerak, buran akan mendapat pengangkutan
percuma. Kerjasama ini memberi manfaat kepada
kedua-dua belah pihak

Bagaimanakah interaksi
antara haiwan penting
dalam membantu
keseimbangan alam?

Simbiosis antara haiwan wujud dalam bentuk mutualisme,
komensalisme dan parasitisme. Interaksi ini perlu bagi memastikan
kemandirian spesies dan populasinya.


simbiosis antara haiwan

#akhyar arzmi #simbiosis #interaksiantarahidupan
#simbiosisantarahidupan #sainstahun6 #interaksiantarahidupantahun6
#komensalisme #mutualisme #parasitisme

Video thumbnail

Thumbnail: SAINS TAHUN 6 : simbiosis antara haiwan

Akhyar Arzmi

Senarai Video

Kongsi video ini ke: