TUTORIAL PELAKSANAAN KURSUS ORIENTASI PENATARAN DSKP KSSR ( SEMAKAN 2017 ) PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 5

Perkongsian kali ini merupakan cara menyelesaikan tugasan Kursus Orientasi DSKP Pendidikan Islam Tahun 5 KSSR Semakan.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Islam dibina bagi memenuhi keperluan pendidikan Islam secara holistik, bersepadu dan
berkembang serta bersifat autentik selaras dengan keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam yang diperkenalkan
dalam sistem pendidikan negara. Pendidikan Islam sekolah rendah memberi penekanan kepada konsep ilmu oleh Imam al-Ghazali yang diklasifikasikan sebagai epistemologi, ontologi dan aksiologi merupakan asas syariah yang perlu dikuasai oleh setiap murid Islam.
Kurikulum ini merangkumi tujuh bidang iaitu al-Quran, Hadis, Akidah, Ibadah, Sirah, Adab, dan Jawi yang dilaksanakan secara modular mengikut keperluan murid. Ilmu dari bidangbidang tersebut yang merangkumi pengetahuan , kemahiran dan nilai perlu disampaikan dengan berkesan melalui pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik yang lebih menarik dan sesuai bagi memenuhi keperluan kemahiran abad 21.
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), kemahiran menaaakul,
kreativiti dan inovasi merupakan beberapa keperluan yang mendesak perlu ditanamkan dalam membangunkan kurikulum abad 21 agar modal insan
yang dihasilkan mampu menguasai kemahiran penyelesaian masalah (problem solving), berkemahiran membuat keputusan dengan tepat (decision making) dan menguasai kemahiran kepemimpinan yang tinggi (leadership skills).
Bagi memenuhi keperluan masa kini, kurikulum perlu berubah daripada knowledge based curriculum kepada standard based curriculum.
Pembelajaran berasaskan standard telah diperkenalkan dalam transformasi kurikulum melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KSSR) yang mula dilaksanakan pada tahun 2011. Melalui kurikulum ini keberkesanan pengajaran dan pembelajaran amat ditekankan untuk melihat kebolehan murid untuk menghasilkan perubahan tingkah laku setelah berlakunya interaksi antara guru dan murid. Manakala melalui proses pentaksiran murid akan dapat dinilai dan ditaksir secara lebih holistik, autentik dan dijalankan secara berterusan. Proses pentaksiran dijalankan secara formatif untuk melihat perkembangan murid mengikut tahap kemahiran dan kebolehan murid dan secara sumatif untuk melihat pencapaian murid mengikut gred yang ditetapkan.

Bagi menggarap aspirasi ini Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) telah diperkenalkan. DSKP merupakan satu dokumen lengkap
kurikulum untuk setiap tahun pembelajaran yang mengandungi penerangan kurikulum, lajur standard kandungan, standard pembelajaran dan standard
prestasi. Ia dibangunkan bagi melengkapi segi tiga kurikulum yang mengandungi kandungan, pedagogi dan pentaksiran. DSKP diharapkan dapat memandu guru untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat disampaikan dengan berkesan dan murid yang belum mencapai standard dapat dipulihkan, perkembangan murid juga dapat diukur dan dilaporkan secara deskriptif dan pencapaian murid dapat dinilai secara sumatif untuk mendapatkan gred yang telah ditetapkan.
(KSSR) Pendidikan Islam diharapkan mampu membentuk murid-murid yang berilmu, beriman, berakhlak
mulia, berketerampilan, bertanggungjawab, beramal soleh, dan bertakwa. Ia juga berupaya membentuk modal insan yang bercita-cita tinggi, berdaya
tahan, bersemangat juang, gigih berusaha dan mampu mengubah diri sera berperanan sebagai khalifah untuk menyumbang kepada tamadun bangsa
dan negara.
MATLAMAT
Matlamat Pendidikan Islam sekolah rendah adalah untuk melahirkan Muslim yang berilmu, beriman, berketrampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertakwa serta menyumbang ke arah mempertingkatkan tamadun bangsa dan negara serta berjaya di dunia dan di akhirat.
OBJEKTIF
Murid yang mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran melalui (KSSR) Pendidikan Islam berkebolehan:
i. Membaca surah-surah terpilih daripada al-Quran dengan betul dan bertajwid serta mengamalkan pembacaannya dalam kehidupan seharian;
ii. Menghafaz surah-surah terpilih daripada al-Quran untuk mengamalkan hafazannya dalam solat dan ibadat harian;
iii. Memahami sejarah penurunan al-Quran dan maksud beberapa surah terpilih untuk dihayati dan dihayati pengajarannya secara berterusan;
iv. Membaca al-Quran menggunakan hukum tajwid dengan betul secara berterusan;
iv. Membaca dan memahami hadis-hadis terpilih dan mengamalkan tuntutan hadis serta menghayati kepentingannya dalam kehidupan seharian;
v. Meyakini dan merumuskan asas-asas akidah untuk diamalkan sebagai pegangan dan benteng dalam kehidupan harian serta asas dalam
tindakan;
vi. Merumus dan mengamalkan konsep asas ibadat sebagai memenuhi tuntutan fardu ain dan fardu kifayah untuk diamalkan secara istiqamah
dalam kehidupan harian;
vii. Merumuskan peristiwa dan mengaplikasikan iktibar daripada sirah Rasulullah s.a.w. bagi menanam rasa kecintaan kepada baginda dan
mengamalkan sunnahnya dalam kehidupan harian;

Video thumbnail

Thumbnail: TUTORIAL PELAKSANAAN KURSUS ORIENTASI PENATARAN DSKP KSSR ( SEMAKAN 2017 ) PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 5

rohaizah mohamed sohor

Senarai Video

Kongsi video ini ke: