Ayam Masam Manis Ala Cina | Try Masak | iCookAsia
- iCookAsia
- 00:03:38
Dapatkan resepi penuh Ayam Masam Manis ala Cina di: http://www.icookasia.com/ayam-masam-manis-ala-cina/
Bahan-bahan
200 gram Ayam - potong kecil
1 biji telur (dipukul)
Tepung jagung - secukupnya
1 biji cili benggala merah/hijau/kuning (potong dadu)
1 biji tomato (potong dadu)
1 biji bawang besar (potong dadu)
1 biji cili merah (hiris)
1 sudu kecil halia (dicincang)
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos plum
1 sudu besar sos cili
Sedikit serbuk lada sulah
Jintan putih - secukup rasa
Serbuk jintan manis - secukup rasa
Nenas – secukupnya
Daun ketumbar sedikit
2 ulas bawang putih
150ml minyak
Garam secukup rasa
Lada hitam secukup rasa
Cara membuat
1. Mula-mula gaulkan ayam bersama garam, lada hitam, jintan putih dan serbuk jintan manis sehingga rata
2. Kemudian celup ke dalam telur yang dah dipukul dan golekkan pula di atas tepung jagung sehingga keseluruhan ayam bersalut tepung.
3. Masukkan ayam yang telah disadur ke dalam minyak yang banyak dan panas. Goreng sehingga warnanya menjadi keemasan. Angkat dan ketepikan dahulu
4. Selepas itu, tumis bawang putih, bawang besar, cili dan halia sebentar. Masukkan sos tomato, sos cili dan sos plum. Kacau rata.
5. Masukkan lada benggala, tomato, nenas, serbuk lada sulah, garam dan daun ketumbar. Biar ia mereneh selama 5 minit atau sehingga mendapat kepekatan yang diingini. Tambah sedikit gula jika mahu
6. Akhir sekali hidangkan ayam yang telah digoreng tadi di atas pinggan dan siramkan sos masam manis di atasnya. Ayam masam manis sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!
Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.
Follow kami di:
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
Asia untuk mendapat resipi penuh: http://goo.gl/CZnwbz
Kunjungi website iCook Asia http://icookasia.com/my untuk resipi-resipi enak kami yang lain.
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Twitter: https://twitter.com/icookasia
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Thumbnail: Ayam Masam Manis Ala Cina | Try Masak | iCookAsia