Ikan Patin Masak Tempoyak | Try Masak | iCookAsia

Dapatkan resipi penuh Ikan Patin Masak Tempoyak di: http://www.icookasia.com/ikan-patin-masak-tempoyak/

Bahan-bahan

200 g ikan patin
3 sudu tempoyak
Daun kesum
2 biji cili merah
10 biji cili padi
1 batang serai diketuk
1 inci halia
1 inci kunyit dihiris
1 helai daun kunyit
½ cawan air asam jawa,
Gula
dan garam secukup rasa

Cara membuat

1. Pertama sekali, potong daun kunyit.

2. Seterusnya, tumbuk cili padi hingga sedikit hancur diikuti dengan cili merah.

3. Kemudian, tumbuk juga halia dan kunyit. Masukkan sedikit garam supaya bahan-bahan tersebut lebih mudah hancur.

4. Bahan-bahan tersebut boleh juga dikisar jika mahu.

5. Setelah lumat, masukkan ke dalam periuk dan tumbuk pula tempoyak. Tumbuk sebentar sahaja supaya tidak berketul dan campurkan dengan sedikit air dan gaul sebati.

6. Masukkan juga ke dalam periuk ikuti dengan 3 cawan air dan air asam jawa.

7. Kacau rata dan masukkan pula serai, daun kesum serta daun kunyit yang dipotong tadi.

8. Panaskan periuk, kacau sebati dan biarkan hingga kuah mendidih.

9. Selepas itu, masukkan ikan patin, garam dan gula. Kacau rata dan biarkan lagi hingga ikan masak.

10. Untuk menyedapkan lagi hidangan, biarkan mereneh dengan api yang kecil hingga kuah pekat.

11. Setelah itu, ikan patin masak tempoyak bolehlah dihidang. Selamat mencuba!

Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.

Follow kami di:

Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia

Video thumbnail

Thumbnail: Ikan Patin Masak Tempoyak | Try Masak | iCookAsia

iCookAsia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: