JAWI TAHUN 6 | INDAHNYA SENI KHAT RIQAH | gurupendidikaislamsk kitabantukita

Video Matapelajaran JAWI
Pelajaran ke 6
Tajuk : INDAHNYA SENI KHAT RIQA'H

Khat Riq’ah merupakan sejenis khat yang direka cipta oleh orang Turki pada zaman pemerintahan Kerajaan ‘Uthmaniyah (850 Hijrah).

Tujuan utama mereka mencipta khat ini ialah untuk menyeragamkan bentuk tulisan dalam semua urusan rasmi di kalangan kakitangan kerajaan.

Riq’ah mengikut Kamus Bahasa ialah cebisan kertas yang ditulis. Ciri khusus khat ini ialah bentuk huruf yang kecil, lebih cepat dan mudah ditulis, jika dibandingkan dengan khat Nasakh.

Penggunaan khat Riq’ah dalam masyarakat kita lebih tertumpu kepada tulisan dan nota sahaja, berbanding khat Nasakh yang begitu meluas digunakan, khususnya dalam penerbitan buku, majalah dan akhbar.

Justeru, beberapa langkah telah diambil untuk menjadikan khat Riq’ah dipelajari oleh murid-murid di sekolah dan dapat digunakan dalam urusan harian, seperti urusan surat-menyurat, urusan perniagaan, iklan dan promosi barangan serta dijadikan tajuk-tajuk besar di dalam akhbar.

Dalam penulisan tajuk-tajuk surat kabar, Riq’ah sering digunakan karena dapat mencakup kata-kata panjang dengan goresan-goresan yang tidak banyak makan tempat.

Ciri-ciri tulisan Riq'ah adalah :
 Huruf hurufnya pendek pendek, sehingga mudah digoreskan dan dipelajari dalam waktu singkat.
 Tidak menggunakan baris
 Terfokus pada satu garis lurus, dengan arah tulisan condong ke kiri dari atas ke bawah.

Dalam perkongsian kali ini , mari sama-sama kita teliti dan praktikkan cara penulisan huruf jawi tunggal mengikut kaedah tulisan khat riq'ah dengan betul.

Nilai :
Bersungguh-sungguh mempelajari tulisan khat.
Cintakan Kesenian Khat

Semoga perkongsian kali ini dapat membantu murid-murid dan guru-guru serta semua yang ingin mempelajari kesenian khat , semoga bermanfaat.

Video thumbnail

Thumbnail: JAWI TAHUN 6 | INDAHNYA SENI KHAT RIQAH | gurupendidikaislamsk kitabantukita

  • Pendidikan Islam
rohaizah mohamed sohor

Senarai Video

Kongsi video ini ke: