Resepi Nasi Hujan Panas | Try Masak | iCookAsia

Dapatkan resepi penuh Nasi Hujan Panas di: http://www.icookasia.com/nasi-hujan-panas/

Bahan-bahan yang diperlukan nasi:

4 cawan beras basmati
5 cawan air
1 kiub ayam
2 helai daun pandan diikat
pewarna merah
pewarna hijau
pewarna kuning
garam secukup rasa
**tips: boleh juga ditambahkan air ros untuk menambahkan aroma pada nasi

Bahan-bahan tumis:

1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Hiasan:

bawang goreng
kismis
1 biji tomato cincang

Cara membuat

1. Mula-mula hiris nipis halia, bawang besar dan bawang putih.

2. Panaskan minyak masak bersama minyak sapi. Kemudian masukkan kayu manis, buah pelage, bunga lawang, bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis sehingga naik bau.Sementara itu, hancurkan kiub ayam ke dalam air

3. Selepas itu, tuang bahan tumisan ke dalam periuk nasi bersama beras. Kacau rata.

4. Masukkan kiub ayam bersama air, garam dan daun pandan. Kacau rata dan masak nasi sehingga masak

5. Setelah nasi kering, keluarkan 3 bahagian dan letakkan pewarna kuning, hijau dan merah secara berasingan.

6. Taburkan kismis serta tomato ke atas nasi dan gaul bersama nasi yang telah diwarnakan tadi.Tanak nasi sebentar hingga masak sepenuhnya

7. Akhir sekali hiaskan nasi dengan ulam2am dan bawang goreng. Nasi hujan panas sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

**tips: bagi yang teragak-agak untuk menyukat air, sukat air dengan menggunakan jari atau penyenduk kayu (wooden spoon). Pastikan ketinggian air sama dengan ketinggian beras. Ini adalah cara yang terbaik untuk mengelakkan struktur nasi agar tidak terlalu lembik atau berantah

Kunjungi website iCook Asia di http://www.icookasia.com untuk resipi-resipi enak kami yang lain.

Follow kami di:

Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google+: https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia

Video thumbnail

Thumbnail: Resepi Nasi Hujan Panas | Try Masak | iCookAsia

iCookAsia

Senarai Video

Kongsi video ini ke: